Reflaksi Akhir Tamat LM
~Bismillah~ Ini antara bait2 refleksi akhir setelah tamat LM.. Alhamdulillah, dengan izin dari Allah, dapat juga menamatkan LM ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya dapatlah saya menyelesaikan latihan mengajar. Sepanjang tempoh latihan mengajar ini, terdapat banyak pengalaman yang telah diperolehi baik secara langsung ataupun tidak langsung yang dapat menyumbang kepada pembentukan seorang individu yang mempunyai ciri-ciri seorang pendidik yang berjaya. Bermula 3 Januari 2011, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang guru pelatih. Jarak di antara sekolah dan rumah sebanyak 36 KM menuntut saya untuk gerak seawal pukul 5.30 pagi dari rumah bagi mengelakkan tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Semasa perhimpunan mingguan yang pertama saya dan rakan guru-guru pelatih yang lain telah diperkenalkan kepada para pelajar. Sepanjang tempoh Latihan Mengajar ini, saya telah mendapat seribu satu kenangan untuk dijadikan pengalaman