~Bismillah...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~ Alhamdulillah pencerapan hari tu berjalan dengan baik. Anak murid pun beri kerjasama yang baik, takdalah nakal macam selalu. =p Bila bercakap pasal pencerapan, banyak perasaan akan wujud. Rasa takut, bimbanglah, kecut perutlah, pendek kata macam2 perasaan ada baik sebelum dan semasa dicerap. Semuanya ingin buat yang terbaik bila dicerap @ dipantau kerja kita oleh seseorang. Teringat masa kat universiti dulu, bila nak Viva memang tak tido lena untuk buat persiapan viva PSM. Masa viva tu ada seorang ketua panel dan 2 orang panel penyelia. Bimbang kena tanya macam2, bimbang projek kena hentam, bimbang markah dapat rendah tu yang buat persediaan sangat. Hmm..macam tu juga masa latihan mengajar dulu, sebelum tamat latihan mengajar pensyarah akan datang untuk mencerap prestasi guru praktikal ni. Masa ni semua nak buat yang terbaik, sanggup kurangkan tido untuk buat ABBM, betul-betul buat persediaanlah katakan.