Posts

Pelik...sangat pelik

Image
Peliknya… ~Mode Sedih~ Hidup ni tidak selalu indah.. Hidup ini tidak selalu dapat apa yang kita mahu.. Kadang kita bahagia ja dengan kehidupan kita.. Kadang kita tenang ja meneruskan hidup… Tapi yang peliknya… Bila ada orang yang yang lebih2 dalam hidup kita.. Bila ada orang lain yang menyibuk.. Kalau orang tak kenal kita, x apa.. Boleh dimaafkan.. Tapi bila keluarga sendiri pula yang lebih2? Kalau nak tanya soalan, tanyalah dengan niat untuk tahu.. Bukan untuk perkecilkan @ perlekehkan orang… Tapi yang peliknya bila tanya soalan Belum ada anak? Ni tentu tak pandai buat? Siapa yang xpandai buat? Aku? Suami? Siap suruh berguru lagi.. Allah… cakap macam orang tiada agama.. Nak bergurau pun, hati2lah.. Bab rezeki Allah, jangan dipersoalkan.. Nak bergurau boleh.. Tapi yang pelik bila bergurau sampai nak buka aib keluarga sendiri?     Kalau x pandai buat, tapi kalau Allah kata ada rezaki adalah… Tidak perlu persoalk...

~Alhamdulillah~

Image
Alhmadulillah adalah tanda kita bersyukur kepada Allah. Bila kita diberi kesenangan, ucaplah alhamdulillah  atas setiap rezeki yang diberikan-Nya. Bila kita ditimpa kesusahah, ucaplah alhamdulillah  mungkin Allah ingin menegur kita. Pasti ada hikmah-Nya. Dalam semua perkara yang berlaku dalam hidup kita, ucaplah alhamdulillah kerana kita tidak menerima apa yang kita inginkan kan, Tetapi kita menerima apa yang kita perlukan. Ternyata doa kita dimakbulkan =)

Eh..macam..

Bismillah.. Tengah buat kerja sekolah, tiba2 dapat video dari anak buah Wafiy. Tension buat kerja tiba2 bertukar senyum sehingga ke telinga.  Ingatkan demam ni dah kebah. Rupanya anak buah pun demam 'syasya legoland' juga. Hihihihi. Terhibur tengok video ni.. Kodi Yang Comel Anty rindu kamu semua. =) Ok, jom sambung buat kerja balik.

BaCk 2 SchO0l

Image
Bismillah.. Sudah masuk tahun baru, tahun 2014. Bermakna cuti sekolah akan melabuhkan tirainya. Walapun hari ni ada negeri yang sudah bersekolah, tapi bagi negeri sabah dan yang seangkatannya esok baru buka sekolah (2/1/2014) Bersedia untuk ke kembali ke sekolah. =). Bersemangat!! Insya-allah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, terutama dalam mendidik para pelajar. Walaupun terpaksa berhadapan dengan kekurangan guru kerana 10 orang guru telah berpindah (2 antara daerah dan 8 antara negeri), tapi tugas tetap harus diteruskan dengan penuh jayanya. ehee. Jadi malam ni suami isteri siapkan kerja sebagai persediaan untuk esok. Buat kerja bersama-sama =) Buat persediaan. ehee. Insya-allah.. Semoga segalanya akan dipermudahkan pada tahun ini. Rabbi yassir wa'latuassir. Lepas ni nak seterika baju untuk esok. Bermulanya semula tugas seorang isteri yang bekerja. Yang penting betulkan niat, kalau niat yang baik pasti Allah akan mambantu. =) ...

27 + 1=

Image
Bismillah Dedikasi buat suami tersayang.. Abang.. =) 27 + 1 berapa? Iya, betul 28.. Bermakna umur abang sudah 28 tahun. Sanah helwa sayang.. Selamat Hari Jadi yang ke 28 tahun.. Semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezaki. Semoga abang suksess dalam kerjaya abang sebagai seorang pendidik.. Semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin ya Allah. Bila isteri berbicara =) Bila suami berbicara =) Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dalam perlindungan dan rahmat dari-Nya. Semoga dengan bertambahnya usia, amal ibadat abang juga akan semakin bertambah. Insya-allah semoga kasih sayang kita juga semakin bertambah. Amin ya Allah. Alhamdulillah tatkala menulis entri ini kita telah melayari rumah tangga selama 1 tahun 6 bulan dan 6 hari. Semoga tahun2 akan datang sayang masih dapat menyambut hari jadi abang dengan penuh kesederhanaan dan penuh kesyukuran kepada-Nya. Sanah Helwah suamiku sayang.. Terima kasih buat mama me...

Macam-macam

Image
Bismillah.. Hari ni bermulanya peperiksaan SPM dan STPM..  Ingat lagu masa ambil SPM pada tahun 2005, masa tu ulang alik Kinarut-Tuaran kerana tidak sihat. =] 2005-2013, bermakna sudah 8 tahun berlalu. Pelajar sekolah menengah sudah mula bercuti hari ni, tapi para guru masih lagi pergi sekolah. Tapi kali ni para guru tiada actvt formal, cuma melengkapkan saki baki kerja sekolah, antaranya key-in PBS, semak kertas peperiksaan pelajar, update fail buku teks, update buku register dan sebagainya. =p Semak kertas pelajar Sibuk2 pun sempat lagu update blog kejap. =) Untuk update PBS memang sangat teruk. X boleh nak masuk. Syukur juga KPM ambil perhatian tentang perkara ni dan melanjutkan tarikh kemasukan PBS. . x dapat nak masuk, IE @ chrome Saya sibuk, tapi en. suami sempat lagi layan kartun, kartun anime. xtau tajuk apa. ehee. Esok suami pula akan sibuk sebab bertugas untuk menjaga STPM peringkat sekolah kerana esok kertas pengajian AM. =) khusyuk sangat...

~16 Bulan~

Image
~Bismillah~ Kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja sekolah. Al-maklumlah dekat hujung tahun sudah. Jadi banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Alhamdulilllah tidak lama lagi usia perkahwninan kami akan mencecah 16 bulan @ 1 tahun 4 bulan pada 27hb ni. Syukur atas nikmatMu ya Allah. Insya-allah semoga ada rezeki buat kami lepas ni, =). (Bersangka baik dengan Allah). Rabbi yassir wala tu assir. Dua2 dah makin 'comey'  =) Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cintanya bermanfaat bagiku disisi-Mu. Ya Allah, jadikanlah apapun yang Engkau kurniakan kepadaku dari perkara-perkara yang aku cintai sebagai kekuatan bagiku untuk melaksanakan apa sahaja yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah apapun yang Engkau jauhkan dariku dari hal2 yang aku cintai  sebagai kelemahaku untuk aku melaksanakan apa saja yang Engkau cintai.. Amin Ya Allah.. (Hadis Riwayat Tirmidzi) p/s: Hari ni tumpang Kak Aruna lagi sebab suami pergi berkursus di KK selama ...