Pengalaman Bersalin
Bismillah..
Ya Allah...Permudahkanlah perjalananku menjadi seorang ibu..amin.
EDD
sepatutnya 19/11/2014 tetapi Allah juga mempunyai perancangan yang sendiri.
Pada 20/10/2014 pergi sekolah macam biasa, mengajar macam biasa dan sempat lagi
menanda kertas PT3 bahagian A.
Malam tu
masa tidur dah mula rasa tidak selesa, mengiring kiri dan kanan memang sakit
kat bahagian perut dan pinggang. Semuanya serba tidak kena. Sekejap-kejap
terbangun sebab rasa tidak selesa. Tapi masa ni langsung tidak terfikir sakit
yang dialami adalah kontraksi untuk bersalin.
Esoknya 21/10/14,
bangun macam biasa. Masa nak iron baju suami rasa sakit tu datang lagi, tapi
kali ni dapat rasa ada sesuatu yang mengalir. Bila pergi tandas, ada sedikit lendir
bercampur darah. Masa ni panic sudah dan air mata mula mengalir sebab bimbang
keadaan bayi dalam perut.
Telefon akak minta pendapat, akak suruh balik Tuaran dan
terus ke Hospital Raflesia tapi aku tak mau ambil risiko memandangkan
perjalanan bukannya dekat dan keadaan jalan pun bukannya elok sangat.
Aku dan
suami pergi bahagian kecemasan di Hospital Kudat untuk memastikan keadaan baby
ok. Sampai sana prosedur macam biasa, dan sister chek bukaan. Allah..pertama
kali rasa memang sakit. Resultnya sudah buka 2cm dan sedikit leaking, bermakna
air ketuban kurang dari sepatutnya.
Bila doctor
sampai, doktor scan perut untuk memastikan usia kandungan adalah betul kerana
kalau ikut EDD 3 hari lagi usia kandungan baru masuk 36minggu. Doctor x berani
ambil risiko, jadi aku pun dihantar ke hospital Likas. Naik ambulan, bukan
sesuatu pengalaman yang manis, tetapi itulah yang terbaik. Masa ni suami
sentiasa disisi untuk menemani.
Bila sampai
Hospital Likas, family ada sudah menunggu. Tapi x sempat berbual pun, aku terus
dibawa ke bilik penilaian, dan lalui beberapa prosedur. Masa ni pemantauan rapi
dibuat terutamanya untuk periksa jantung baby. Masa ni kadar denyutan jantung
bayi (CTG) tidak berapa cantik sangat, kadang ok kadang tidak.
Dipendekkan
cerita, masa di sini aku rasa sakit yang amat sangat. Allah…Allah…Allah…itu
sahaja yang mampu aku sebut. Memang sakit sangat-sangat, tapi waktu ni cuma
fikirkan keadaan anak dalam perut. Zikir Nabi Isa sentiasa dalam mulut dalam
keadaan menahan sakit.
Dalam pukul
3 lebih macam tu aku dihantar ke bilik persediaan bersalin. Masa ni memang rasa
nak terkencing ja. Mula2 ok lagi bila boleh bangun dan pergi tandas. Tapi bila
CTG dah dipasang, aku dah x boleh turun katil sebab doctor bimbang nanti
terberanak dalam tandas. Huhu. Masa ni mula rasa tidak selesa sebab
sekejap-kejap rasa nak kerkencing. Mula-mula doctor pasang tiub untuk kencing,
tapi malu sangat.. Last2 terpaksa minta
nurse untuk sediakan bekas untuk kencing.
Hmm… Terasa sakit
sangat lagi bila doctor datang dan ambil sample dari kepala bayi yang masih
dalam rahimku ni. Allah…Allah…masa ni betul-betul sakit sangat. Doctor terpaksa
buat 2 kali memandangkan sample rosak (beku) dan bila sample yang kedua pun rosak, doctor
nak cuba ambil lagi buat kali ke-3, tapi kali ni aku betul-betul tidak larat
dan meminta doctor tidak buat lagi.
Bila bukaan
dichek semula, bukaan sudah menunjukkan 5cm. Setelah beberapa kali percubaan
meneran dibuat tidak berjaya, akhirnya akupun dihantar ke labour room untuk
dibedah memandangkan jantung bayi sudah tidak cantik. Waktu ni hanya Allah ja
yang tahu macam mana perasaan aku. Mengiggil kesejukan yang amat sangat, fikir
anak dalam perut. Paling xtahan rasa nak terkencing ja masa ini,huhu. Tandatangan
surat pembedahan pun terketar-ketar.
Diringkaskan
cerita, tepat 8.00 malam aku selamat melahikan seorang khalifah Allah yang
sangat comel, sempurna sifatnya dan cantik. Allah…Anak yang aku kandung selama
ni. Rindu sangat. Alhamdulillah.. Allah pertemukan kami juga akhirnya. Walaupun
tidak lama sebab bayi perlu dihantar ke NICU untuk pemeriksaan lanjut. Allah..
Syukur alhamdulillah atas nikmatMu buat kami sekeluarga.
Alhamdulillah anakku membesar dengan sihat dengan izin-Nya.
Ibu sayang Ainur.
Comments
Post a Comment