Diari SLE: Berfikir
Entri imbas kembali. Catatan ni aku tulis semasa berada di wad. Suamiku yang belikan buku latihan. Ada gambar mickey mouse sebab Ainur yang pilih. Buku ni aku boleh guna bila aku boring dengan menulis sesuatu. 12/7/2016 hari yang betul2 aku rasa down. Pukul 2 petang pergi klinik pakar mata untuk rawatan susulan. Dalam pukul 4 lebih macam tu baru siap. Tidak lama lepas sampai wad, doctor sudah bersedia untuk buat LP @ ambil air tulang belakang. Macam inilah salah satu kedudukan pesakit semasa LP. kena bongkokkan badan seboleh yang mungkin . Selalunya doktor akan ambil air dalam 7-9 botol. bergantung kepada tekanan dalam kepala pesakit. Macam biasa, kesakitan semasa mengambil air tulang belakang pasti akan ada. Lepas LP, aku tidak boleh bergerak selama 6 jam. Kena tidur @ baring terlentang sahaja. Tapi… 3 jam pertama aku sudah bergerak dengan kebenaran nurse untuk ke tandas membuang air kencing. Memang tidak boleh tahan. Kalau sebelum ni boleh tahan lama2,