Diari SLE: Berfikir

Entri imbas kembali. Catatan ni aku tulis semasa berada di wad. Suamiku yang belikan buku latihan. Ada gambar mickey mouse sebab Ainur yang pilih. Buku ni  aku boleh guna bila aku boring dengan menulis sesuatu. 

12/7/2016 hari yang betul2 aku rasa down. Pukul 2 petang pergi klinik pakar mata untuk rawatan susulan. Dalam pukul 4 lebih macam tu baru siap. Tidak lama lepas sampai wad, doctor sudah bersedia untuk buat LP @ ambil air tulang belakang.

Macam inilah salah satu kedudukan pesakit semasa LP.
kena bongkokkan badan seboleh yang mungkin.


Selalunya doktor akan ambil air dalam 7-9 botol.
bergantung kepada tekanan dalam kepala pesakit.


Macam biasa, kesakitan semasa mengambil air tulang belakang pasti akan ada. Lepas LP, aku tidak boleh bergerak selama 6 jam. Kena tidur @ baring terlentang sahaja. Tapi… 3 jam pertama aku sudah bergerak dengan kebenaran nurse untuk ke tandas membuang air kencing. Memang tidak boleh tahan. Kalau sebelum ni boleh tahan lama2, tapi selepas beberapa kali LP, memang aku x dapat tahan. Mungkin salah satu kesan LP. =(. Syukur juga waktu ni aku tidak mengalami pening yang teruk.

Waktu ni juga dapat tahu yang aku kena pindah wad ID (Infection Disease). Cuba minta pindah esok, tapi doctor tu cakap doctor ID yang suruh.  Allah…sedih sangat.. memang masa kemas barang, bertitisan ja air mata. Kemas barang sendiri2, perut lapar. Rindu family lagi.

Dalam pukul 12 malam aku kena bawa turun dengan katil sekali. Tunggu ambulan datang dilobi. Lama juga ambulan tu baru sampai. Aku sempat lagi tertidur dalam keadaan sedih sangat. Dekat pukul 1, baru ambulan datang dan hantar aku dekat ID wad yang terletak atas bukit. ID wad ni wad lama. Ada nurse tolong teman.

ID wad...banyak suka dan duka berada dalam wad ni.


Bila sampai ID wad lagi sedih. Keadaan wad yang sangat berbeza. Katil, tiada langsir di setiap katil, loker, keadaan tandas. Memang semuanya bebeza. Sedih sangat, sempat telefon suami beritahu pindah wad.. lepas tu nangis.

Tapi bila difikirkan yang penting boleh sembuh. Lagipun dalam kuburan nanti semuanya sama.. Allah..tiada bantal, tilam, sejuk dan gelap gelita. Tidak boleh minta apa-apa. Astaghfirullah al’azim.. ampunkan dosaku aku ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah.

Saat ini, hanya padaMu tempat ku mengadu dan memohon ya Allah.

Rindu anakkku, suamiku dan keluargaku..



Aku insan terpilih… 
Pasti Allah sudah mengatur sesuatu yang terbaik buat diriku... 
Bersangka baik dengan Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE