Posts

Showing posts from December, 2016

Aktiviti Cuti Sekolah: Lok Kawi Wildlife Park

Image
Bismillah.. Banyak entri yang ingin dikongsi cuma menunggu mood untuk menulis sahaja. Sebelum ini pernah menulis tentang plan untuk pergi ke zoo ini sini . Perancagan  ni tahun 2012. Sekarang tahun 2016 baru berkesempatan untuk pergi. Plan pergi kali ni last minit sebab malam tu demam mengejut. Bila pagi tu rasa ok sikit, cadang pergi zoo dengan suami. Kali ni pergi dengan anak dan anak-anak buah, Wafiy, Caca dan Azizi. Jah xdapat ikut sebab umi dan abinya ada kelas mengaji.  Jalan dalam pukul 12 lebih. Sampai di zoo sebelum pukul 2 petang. Sekiranya bertolak dari Kota Kinabalu perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Kami menggunakan GPS supaya tidak sesat. Muka excited mahu pergi zoo. Bayaran kemasukan ke zoo bagi warganegara, orang dewasa adalah Rm10 untuk kanak-kanak Rm5 manakala kanak-kanak dibawah 3 tahun adalah percuma.  Lok Kawi wildlife Park ni terbahagi kepada 2 bahagian zoo dan taman botani. Lok Kawi wildlife Park ni dibuka pada setiap hari dari puku

Aktiviti Cuti Sekolah: Pulau Labuan

Image
Alhamdulillah semoga terus diberi nikmat kesihatan kepada kita semua. Cuti kali ni  banyak aktiviti yang mahu dibuat. Harap2 semuanya dipermudahkan oleh Allah. Pulau Labuan…tempat aku belajar matrikulasi dulu. Kalau dari sabah ada 3 cara untuk sampai ke Pulau Labuan. Pertama guna kapal terbang dari Kota Kinabalu, kedua gua feri dari Kota Kinabalu dan ketiga dari Menumbok (Guna Feri kenderaan atau speedboat). Jadi perginya ke Labuan kali ni adalah untuk pertunangan adik ipar yang kedua. Kami guna laluan Menumbok sebab senang untuk bawa kereta sendiri apabila sampai Labuan nanti. Hujung ke hujung. Kudat-Kota Kinabalu-Menumbok-Labuan Pada 9/12/2016 kami balik ke Kudat dulu. Esoknya baru konvoi bergerak ke Menumbok. Pukul 3 pagi mcam tu bangun dan siapkan apa yang patut. Pukul 4 pagi bergerak sebanyak 6 buah kereta berkonvoi. Masa ni Ainur x bangun lagi, jadi angkat ja dengan keadaan x mandi lagi, dalam perjalanan baru ganti baju. =p.  Alhmdulillah semuanya dipermu