Aktiviti Cuti Sekolah: Lok Kawi Wildlife Park
Bismillah..
Banyak entri yang ingin dikongsi cuma menunggu mood untuk
menulis sahaja.
Jalan dalam pukul 12 lebih. Sampai di zoo sebelum pukul 2 petang. Sekiranya bertolak dari Kota Kinabalu perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Kami menggunakan GPS supaya tidak sesat.
Muka excited mahu pergi zoo.
Bayaran kemasukan ke zoo bagi warganegara, orang dewasa adalah Rm10 untuk kanak-kanak Rm5 manakala kanak-kanak dibawah 3 tahun adalah percuma. Lok Kawi wildlife Park ni terbahagi kepada 2 bahagian zoo dan taman botani. Lok Kawi wildlife Park ni dibuka pada setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 5,30 petang. Kami pergi zoo sahaja taman botani x larat sudah.
Kami disini
Selepas membeli tiket, pengunjung akan diberikan peta. Pengunjung akan bergerak mengikut peta yang diberikan. Terpulanglah ikut jalan mana pun pasti akan jumpa kesemua binatang. Jangan bimbang tidak akan sesat. Suami dan Wafi yang menjadi pemandu pelancong.
Berbaloi pergi lebih2 lagi dengan keluarga. Banyak binatang boleh dilihat disini. Ainur paling suka gajah. Cuma kena sediakan air minuman sebab pasti akan haus, sebab perjalanan agak mencabar. Syukur, di chek point last ada gerai jual minuman.
Mula bergerak dari pintu masuk pukul 2 petang dan selesai mejelajah zoo sekitar pukul 3 lebih macam tu. Alhmdulillah berjaya juga mengharungi perjalanan, yang penat bila naik bukit. Ainur selalu minta dukung bila penat. hii. Ayah dan anty Jia yang selalu jadi mangsa. =p
Ni gambar suami dan wafi yang ambil. Mula2 excited nak ambil gambar, tapi bila sudah penat ambil yang termampu ja. =). Perjalanan kami secara ringkas kandang arnab-spesies burung-rusa dan kancil-gajah-burung unta dan kasawari-reptilia-orang utan-monyet-kuda.
Hornbill @ enggang
Nampak.? Burung merak
Orang utan
Kancil
Burung unta
Burung Kasawari
. Burung ni menghampiri kami bila kami pergi dekat.
Beruang madu @ sun bear
Khusyuk dorang tengok Si Bayau @ Proboscis Monkeys
Gajah tengah berendam
Gajah.. Sibuk gajah ni berebut kawasan jajahan.
Hmm.. lupa nama binatang ni.
Pak Belang Sumatera tengah berehat masa ni.
Biawak and the geng
Apa-apapun syukur masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang dan melihat kepelbagaian ciptaan-Nya.. Syukur alhamdulillah.. =). Lepas ni plan pergi muzium marin di UMS pula.
Comments
Post a Comment