Cerita cuti: Perkahwinan Adik Sepupu (Iranun + Bajau)
Alhmdulillah pada 8 dan 9 disember kami sekeluarga sempat menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu yang bertempat di
K.g. Tamau, Kota Belud. Seminggu sebelum tu mereka sudah bernikah di Telaga,
Pitas. Memandangkan keadaan kesihatan kurang mengizinkan, kami sekeluarga cuma
pergi ke majlis belah lelaki.
❤ Barakallah... Suzaimie & Suzilah ❤
Perkahwinan adik sepupu ni agak meriah memandangkan perkahwinan ini melibatkan
adat Iranun. Dalam masa yang sama, perkahwinan ini turut mendapat liputan dari
stesen tv yang dikendalikan oleh pengacara cantik dan comel, Marsha Milan
Londoh, Cuma aku kurang pasti tajuk bagi rancangan tersebut, huhu.
Kenal siapa ni? ☺
Petang 8 Dis tu sudah ada liputan dan
temuramah bersama pasangan dan keluarga pengantin. Pada sebelah malam pula
majlis berinai (berbedak) dan majlis kebudayaan (berunsai). Tetapi
tarian runsai tidak dapat dibuat memandangkan di kampung ni baru sahaja ada
berlaku kematian. Sebagai menghormati keluarga yang meninggal, tiada acara
kebudayaan selama 20 hari.
Sebagai kenangan, disertakan gambar sepanjang majlis.
❤Malam Berinai ❤
Pengantin lelaki dibawa menaiki
usungan
sebelum majlis persandingan
Encem x pengantin lelaki ni? ☝
Selepas acara buka tabir ☺☝
❤ Majlis Persandingan ❤
"Selamat
pengantin baharu buat Suzaimie dan isteri, Suzilah. Semoga ikatan yang terbina
sentiasa berada dalam rahmat dan redha ilahi. Banyakkan bersabar dalam
menjalani kehidupan dan liku2 sebagai pasangan suami isteri. Semoga keluarga yang dibentuk menjadi sebuah
keluarga yang sakinah, mawaddah warahhmat, aamin ya Allah."
Comments
Post a Comment