Jade 3: Love, Laugh & Life
Bismillah…
Kurang
beberapa minggu lagi tahun 2018 akan menjelma meninggalkan 2017. Semoga tahun
2018 akan memberikan seribu harapan yang lebih bersinar buat kita semua.
Alhmdulillah untuk tahun 2017 aku berjaya
menyempurnakan tugas sebagai guru kelas bagi kelas 2 Jade 3. Disamping tu, aku
juga mengajar matapelajaran Sejarah bagi kelas ni. Untuk tahun depan belum tahu
lagi sama ada masih menjadi guru kelas atau tidak.
Menjadi
guru kelas Jade 3 memberikan seribu satu kenangan. Kadang suka, kadang tawa dan
kadang mungkin sedikit pahit
Jade 3 awal tahun (kemas kelas)
Awal
tahun 41 orang murid, tidak termasuk 3 orang dari Pendidikan Khas. Kerja2 kelas
terutama kehadiran banyak dibantu oleh Farah selalu ketua kelas. Farah pla
biasanya dibantu oleh geng2 bila dia tidak hadir.
Murid Jade 3 ni ada pelbagai ragam dia.
Ada yang skema, baik, dengar kata dan tapi ada juga sebaliknya. Namun agak banyak kenangan yang telah dikongsi
antaranya menceriakan kelas, sambutan raya, sambutan hari jadi dan jamuan akhir
tahun.
Bermula
dari seorang murid yang malu2 kucing sehinggalah menjadi sang harimau apabila dekat penghujung tahun. Bermula dengan peratus
kehadiran yang tinggi mulai jatuh apabila sudah pertengahan tahun. Semoga tahun
depan ada perubahan yang lebih positif.
Disini
aku seratakan beberapa gambar untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.
Gotong-royong menceriakan kelas
Hari terakhir Ruzaimie berada di sekolah
Sambutan Hari Jadi
Jamuan Raya
Nasihat
cikgu buat semua ex-Jade 3...
Belajar bersungguh2. Tiada jalan mudah untuk
memperoleh kejayaan. Fokus dalam kelas. Banggakan orang tuamu yang telah banyak
berkorban untuk diri kamu semua. Mungkin tahun depan kelas sudah berbeza, tapi
kekal dengan kawan2 yang membina serta boleh membimbing dan belajar dalam satu kumpulan.
Good
luck semua ex-Jade3
Tq cikgu HappY New Year semoga sihat sentiasaa... 😂
ReplyDeleteBy(And/Adam/kiko/Hafizi/Nizam/francis)
Terharu akuu