Sinar Ramadhan: Sumbangan buat Siti Khadijah

Bismillah dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..


“Bantu adik Siti Khadijah untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain”


klik gambar untuk lebih jelas

Siti Khadijah baru 6 tahun semasa dikesan ada penyakit ni. Dan sekarang  berumur 8 tahun dan akan menjalani pembedahan untuk masalah pembengkokan tulang pada 13 Jun 2017. 

Siti khadijah merupakan anak buah aku yang kedua. Ibubapa Siti Khadijah hanya bekerja di sekolah rendah tahfiz. Menjadi harapan agar ada yang sudi memberikan sedikit sumbangan kepada adik Siti Khadijah untuk membiayai kos perubatan semasa dan selepas pembedahan. Anggaran kos yang diperlukan ialah RM20K.

Sedikit perkongisan tentang penyakit Siti Khadijah
  1. Scolisis (tulang belakang sudah membengkok sebanyak 70 darjah).
  2. Chairi malformation (tengkorak kepala terturun, hujung otak dan tengkorak kepala dalam kedudukan yang tidak normal).
  3. Dalam saraf tunjang adik Siti Khadjah ada cecair dari otak tersekat dibahagian saraf tunjang. Pakar mencadangkan pembedahan memasang hos dibahagian saraf tunjang yang tersekat supaya aliran cecair otak tidak tersekat.


Kos implant @ besi tulang belakang dalam RM20,000 dan tidak termasuk kos bedah dan wad. Untuk makluman, akan ada pembedahan susulan setiap 6 bulan sehingga adik Siti Khadijah berumur 13 tahun dan pembedahan susulan setiap 6 bulan yang akan lebih memerlukan dana yang banyak.

Sekarang, adik Siti Khadijah tidak dapat berjalan seperti orang normal. Tubuhnya senget sebelah. Selain itu, adik Siti Khadijah juga mengalami kekurangan berat badan.

Ya Allah… dalam bulan yang penuh berkat ini, Engkau permudahkanlah urusan pembedahan Siti Khadijah. 

Sebarang sumbangan dan pertanyaan:

017-8318331 (Aminuddin-Bapa Siti Khadijah)

160232071442 –Maybank (Aminuddin Bin Junit)


“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkah Kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah…” (HR. at-Tirmidzi)


Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE