~perjalanan~

Bismillah


3 Jun 2012, aku dan keluarga suami balik ke kampungnya di salah satu kepulauan di Sabah ni. Perjalanannya memakan masa dalam 5 jam, satu perjalanan yang agak jauh bagi aku. Ni bukan perjalanan menggunakan kenderaan darat tapi menggunakan kenderaan laut.


Sebelum perjalanan, suamiku telah membelikan jeruk untuk diriku sebab bimbang aku akan mabuk laut memandangkan aku bukannya biasa kelaut, tapi syukur alhmadulillah sepanjang perjalanan aku tidak mengalami mabuk laut kecuali ketika balik saja aku mengalami sedikit pening-pening.


Bersama suami tersayang...Time ni dah nampak pulau =)


Perjalanan yang jauh dan sedikit mencabar kerana laut yang bergelora membuatkan aku berfikir tentang kebesaran Allah. Terdetik di hati ini macam mana kalau ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kami..Ya Allah... terasa diri ini begitu kecil di tengah-tengah lautan yang begitu luas.. Maha Suci Allah...


Terfikir aku, adakah perjalanan aku sepanjang hidup di dunia ini selama 25 tahun mampu membawa aku ke syurga idaman atau sebaliknya.. Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosaku..


Teringat aku akan soalan yang pernah Imam Al Ghazali pernah bertanya kepada anak-anak muridnya. "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan diri kita adalah 'Mati'. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran:185).


Setiap insan pasti akan merasai mati. Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Ilahi. Cuma kita semua tidak tahu bila dan dimana, yang pasti setiap yang bernyawa pasti akan menghadapinya juga.. Perjalanan kita di dunia ini ibarat perjalanan dari satu perhentian bas ke perhentian yang lain untuk kesuatu tempat yang kita tidak pasti penghujungnya dan di perhentian mana kita akan berhenti. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.. Amin ya ALLAH...


Perhentian yang mana kita akan berhenti?


" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)





Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE