~Kehidupan 1~
Bismillah
~Minggu ni minggu yang agak sibuk~
Dalam kesibukan minggu ni, aku masih sempat mengupdate diari maya ni daripada terus bersawang. =) Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk buat diri ini.
Flashback
Pada hari Isnin P&P berjalan seperti biasa, cuma aku kena menghadiri mesyuarat untuk hari anugerah kecemerlangan pelajar. Untuk hari anugerah ni. aku diberi taklifan menjadi ketua bagi bahagian gimik. Yang ketuanya semua adalah ketua bidang ataupun ketua panitia, tapi aku macam tersilap masuk ja, dan masa mesyuarat tu juga siap ada seorang cikgu tu tanya lagi, N ketua bidang apa? Huhu... Hmm.. Aku kan guru baru... Macam biasa, aku tersenyum ja, cuma senyuman yang agak tawar mampu aku berikan. =]
Sejujurnya aku agak ralat bila diberikan tanggungjawab ni, tapi alhamdulillah aku diletakkan bersama-sama dengan suamiku, jadi untuk perancangan gimik kami agak senang untuk berbincang idea. Buat masa ni, kami dah fikir satu idea dan insya-allah semoga idea ini diteima. Insya-allah semoga dengan menjadi satu team dengan suami kami dapat menghasilkan satu kerja yang baik dan tidak menjadi fitnah buat kami berdua. Yang penting baut betul-betul, macam kata suami, aku adalah mastermind manakala dia adalah runner. =). Bila diletakkan bersama-sama dengan suami, aku semakin mengenali suamiku, cara dia berfikir dan dia seorang yang agak teliti dalam sesuatu perkara.
Minggu ni juga adalah minggu orientasi buat PPPS selama 3 hari 2 malam bertempat di Sabah Oriental Hotel bermula hari Selasa sehingga ke hari Khamis. Alhamdulillah, aku dapat sebilik dengan seorang akak yang baik hati. =)
Semasa orientasi, baru aku tahu rupanya banyak kerja yang perlu dibuat semasa menjadi guru baru. Kerjanya seperti ketika Latihan Mengajar dulu, cuma lagi banyak ni. Huhuhu. Yang penting ada semangat dan usaha, insya-allah pasti boleh. Janji Allah, bersama-sama dengan kesulitan pasti ada kemudahan.
Untuk perkongsian, hotel ni memang cantik dan fasiliti dia memang memuaskan. Untuk bercuti bersama keluarga, hotel ni memang sesuai sebab harganya pun berbaloi, lagipun hotel ni terlatak di pusat bandar KK. Bab makan, memang kenyang. Hihihi.. Tapi bila time makan ja, automatik ingat kat orang suami, iyalah dah makan ke belum, huhu. Lagipun bab makan adalah hobi yang kami kongsi bersama iaitu suka makan, nyam-nyam.. =p.
Untuk hari sabtu pula, sekolah aku ada mesyuarat kelab staf. mesyuaratnya dari pukul 8pagi-1.30 tengahari, agak lama ni. Sampai cik perut pun dah berkeroncong untuk meminta makanan. Sabar je la. =}.
Pagi ahad pula, aku dan suami luangkan masa untuk bercerita tentang keluarga masing-masing. Dari sekolah menengah lagi suamiku seorang yang memang berdikari dan banyak sudah cabaran hidup yang telah ditempuhinya, suamiku adalah anak sulong dan tanggungjawabnya sangat besar untuk keluarganya. Aku semakin mengenali suamiku.. Ya Allah.. Tentukanlah kebaikan dalam setiap langkah kami. Amin..
Muhasabah bersama... Dalam hidup ni Allah tidak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlukan dalam hidup ni. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

Senyumlah... Sesungguhnya senyum itu satu sedekah

Ni baru lakaran awal @ idea awal aku dan suami, Lalala =)
Minggu ni juga adalah minggu orientasi buat PPPS selama 3 hari 2 malam bertempat di Sabah Oriental Hotel bermula hari Selasa sehingga ke hari Khamis. Alhamdulillah, aku dapat sebilik dengan seorang akak yang baik hati. =)
Oriental Hotel. Sumber En. Google =)
Semasa orientasi, baru aku tahu rupanya banyak kerja yang perlu dibuat semasa menjadi guru baru. Kerjanya seperti ketika Latihan Mengajar dulu, cuma lagi banyak ni. Huhuhu. Yang penting ada semangat dan usaha, insya-allah pasti boleh. Janji Allah, bersama-sama dengan kesulitan pasti ada kemudahan.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Maka sesungguhnya
bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada
kemudahan" (Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6)
Untuk perkongsian, hotel ni memang cantik dan fasiliti dia memang memuaskan. Untuk bercuti bersama keluarga, hotel ni memang sesuai sebab harganya pun berbaloi, lagipun hotel ni terlatak di pusat bandar KK. Bab makan, memang kenyang. Hihihi.. Tapi bila time makan ja, automatik ingat kat orang suami, iyalah dah makan ke belum, huhu. Lagipun bab makan adalah hobi yang kami kongsi bersama iaitu suka makan, nyam-nyam.. =p.
Untuk hari sabtu pula, sekolah aku ada mesyuarat kelab staf. mesyuaratnya dari pukul 8pagi-1.30 tengahari, agak lama ni. Sampai cik perut pun dah berkeroncong untuk meminta makanan. Sabar je la. =}.
Pagi ahad pula, aku dan suami luangkan masa untuk bercerita tentang keluarga masing-masing. Dari sekolah menengah lagi suamiku seorang yang memang berdikari dan banyak sudah cabaran hidup yang telah ditempuhinya, suamiku adalah anak sulong dan tanggungjawabnya sangat besar untuk keluarganya. Aku semakin mengenali suamiku.. Ya Allah.. Tentukanlah kebaikan dalam setiap langkah kami. Amin..
Muhasabah bersama... Dalam hidup ni Allah tidak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlukan dalam hidup ni. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
Jangan bersedih..Allah sentiasa bersama dengan kita.
Comments
Post a Comment