Simpang Mengayau
~Bismillah~ Hari ni 26 Ogos bersamaan dengan 10 Syawal.. Bermakna tak lama lagi kita akan menyambut kemerdekaan. Ni bermakna kurang seminggu lagi majlis persandingan aku dan suami. =] Esok sekolah pun dah buka, jadi bermulalah lagi kehidupan sebagi seorang pendidik. Entri kali ni aku nak kongsi sedikit tentang keindahan Simpang Mengayau. Semalam aku, suami dan adik ipar sempat meluangkan masa untuk ke Simpang Mengayau @ The Tip of Borneo untuk jalan-jalan. Jarak dari pekan Kudat ke Simpang Mengayau adalah sejauh 28 KM. Simpang Mengayau adalah salah satu simbol bagi negeri Sabah dan merupakan tempat pelancongan yang terkenal di daearah Kudat kerana Simpang Mengayau merupakan penghujung bagi negeri Sabah dan juga merupakan pertemuan Laut China Selatan. Kedudukan Simpang Mengayau Simpang Mengayau merupakan tempat untuk beriadah yang sangat sesuai untuk sesi keluarga. Pemandangan yang begitu cantik membuatkan hati ini terpesona dengan ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Firma