'Dia' pergi juga..

~Bismillah..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah~

Hari ini 10 Ogos 2012 bersamaan dengan 22 Ramadhan..
Bermakna kurang 10 hari lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.. Macam mana dengan puasa kita? Tepuk dada, tanyalah iman. Insya-allah sama-samalah kita semua mengejar keberkatan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ni ya. Firman Allah dalam surah al-Qadr;

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr (1) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2) Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan (3) Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) (4]) Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing (5)"  -Surah al-Qad.

                                        
Hanya Allah yang Maha Mengetahui bila malam lailatuqadr. Kita sebagai hamba yang lemah sentiasalah berusaha mencari dan mengejarnya. Insya-allah untuk entri kali ni, aku nak cerita tentang 'dia' lagi.

4 Ogos 2012
Hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 4 Ogos, aku dan suami pergi ke KK untuk pergi ke hospital pakar untuk dapatkan kepastian tentang 'dia'. Perjalanan yang memakan masa 2 jam lebih kami tempuhi juga hanya untuk 'dia'. Sewaktu dalam perjalanan, aku dan suami sempat juga bersembang kosong kot2 scan di KK lagi canggih dan boleh nampak heartbeat 'dia' walaupun kami tahu perkara tu mustahil untuk terjadi. =] Sesampai di Tuaran sudah pukul 3 petang lebih, bapa yang tolong bawa kami ke sana memandangkan suami agak letih. Sampai saja di hospital pakar, kak Marini telah menunggu kehadiran kami. Di sana aku masuk ke unit kecemasan dan buat beberapa prosedur asas, cuma kali ni rawatannya sakit, terlalu sakit. Hanya nama Allah yang mampu aku ucap tika dan saat ini, bergenang air mata menahan kesakitan demi untuk mendapatkan kepastian daripada doktor pakar tersebut. Allahuakhbar3x...

Ya..keputusan yang sama juga. Doktor sahkan aku incomplete abortion. Kantung akan jatuh juga, tapi secara perlahan-lahan disertai dengan fresh blood.  Kali ini tiada air mata, bukannya aku tidak berasa sedih cuma aku berusaha melapangkan hati dan mengikhlaskan diri untuk terima semua ketentuan Ilahi walaupun jauh di hati kecil ini aku menangis semahu-mahunya. Allah...Allah... Aku pasrah ya Allah andai ini yang terbaik buat kami.

Malam tu keluarga bawa makan di Anjung Selera Likas untuk berbuka. Terhibur juga hati ni bila dapat bersama-sama dengan keluarga, lagi2 melihat telatah comey Khadijah. Malam tu singgah rumah akak Marini jap untuk ziarah Caca, The king Of Bully. Esoknya kami balik Kudat juga. Aku masih dapat mc selama seminggu, tapi aku rasa aku sudah ok, jadi hari Isnin ni aku plan pergi ke sekolah untuk melunaskan kerja yang sudah banyak tertangguh.

6 Ogos 2012
Masa di sekolah hampir semua guru-guru bertanya tentang keadaan diriku. Aku beritahu perkara yang sebenar, banyak kata2 semangat yang aku dapat. Apa2 pun terima kasih ya atas sokongan semua, Insya-allah semoga diri ni semakin kuat dan tabah. Sampai2 ja kat sek, aku diminta untuk menutup kehadiran bagi kelas 2K3 untuk bulan Julai memandangkan aku adalah guru kelas bagi kelas tersebut. Hari isnin aku cuma ada satu kelas sahaja iaitu subjek Pendidikan Islam. Rindu dengan anak-anak murid 1A4 yang selalu rindukan ilmu dari para cikgu. Lepas habis sekolah, Pengetua sempat buat mesyuarat kejap untuk pemantauan PBS. Masa ni aku sudah rasa kurang selesa, perut sakit yang amat sangat, pinggang, semuanya sakit. Bila sampai rumah ja, aku mengalami banyak pendarahan, terdetik di hati ni mungkin kantung 'dia' dah nak jatuh. Aku kerap ke tandas, selang 5 minit aku pasti akan ke tandas, dan setiap kali itu juga darah pasti akan mengalir. Allah...Allah.. Memang aku baring ja masa ni, sakit sangat, kesian juga kat suami mukanya agak panik melihat keadaan diriku. Dalam pukul 11 lebih aku masuk ke tandas sekali lagi, bila aku duduk ja, bunyi 'pop' terkeluar, darah terpercik ke mangkuk tandas. Allahuakhbar...aku rasa ada sesuatu yang terkeluar. Dengan naluri seorang ibu yang mengalir dalam diri ini, aku gagahkan diri untuk masukkan tangan ke dalam mangkuk tandas untuk mengambil apa yang terkeluar. Ya..aku dapat mengenggam secebis daging seperti isi perut ikan. Bergetar tangan ni sambil memanggil suami. =(. Akhirnya... 'dia' terkeluar juga. Suami call mama, mama cakap letak dalam kain.

7 Ogos 2012
Sebelum pukul 7 pagi lagi aku dan suami sampai ke hospital. Sekali lagi suami ambil CRK untuk temankan aku. Maaf ya abg, susahkan abg sekali lagi. Lama juga kena tunggu doktor. Sementara menunggu doktor, jururawat mengambil darah aku, air kencing dan last sekali tambah air. Bila doktor scan, doktor cakap masih ada yang tertinggal. Allah... Doktor sekali lagi buat pemeriksaan yang meyakitkan untuk menarik lebihan, tapi tidak berjaya. Doktor nak cuci, tapi aku refuse, aku harap nanti akan jatuh juga, doktor kata ok, syukur doktor memahami. Temujanji yang akan datang adalah pada 13 Ogos, harap time ni semuanya sudah jatuh. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah yang tidak mampu untuk menahan ujian kesakitan, bantu hambaMu ya Allah... Amin. ='(

Kantung dah jatuh, tinggal cebisan darah lagi.

Tika aku menulis entri ini, belum ada lagi lebihan kantung yang terjatuh, melainkan cuma darah yang beransur-ansur kurang. Ya Allah..Tunjukkan jalan yang terbaik buat hambaMu ini ya Allah. Apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih kepada beberapa kawan kelas masa belajar kat u dulu yang masih ingat kat diri ini dengan bagi kata-kata semangat walaupun dari kejauhan.. Terima kasih ya sahabat.

Sebelum aku mengundurkan diri, aku nak ucapkan selamat hari jadi kepada mama tersayang dan caca si pembuli. Nenek dan cucu  yang berkongsi hari lahir yang sama, 10 Ogos, cuma tahun yang berbeza. Buat mama tersayang, terima kasih untuk semuanya selama 24 tahun mama melahirkan, membesarkan dan menjaga aku. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan mama. 
Si comey.. Caca dan Kodi

Untuk caca comey, jadi budak yang baik ya.. Jangan nakal2. =). Jangan buat umi marah2. Sayang semuanya..

"Sesungguhnya, kami hanyalah milik Allah. Dan hanya kepada-Nya-lah kami akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah aku pahala dalam menerima musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik, amin"

Comments

  1. assalamualaikum..hanya Allah sahaja yang tahu apa hikmah semua ni jadi..kita sbg hamba-Nya perlu redha..ckp mmg sng tapi nk buat tu msti ssh kn?ingt satu perkara..ida dan suami masih muda..InsyaAllah masih ada masa dan peluang..

    utk pngetahuan ida kwn nrl, isteri dia mngalami nasib yg sama..dlm kes dia doktor suruh pilih sama ada nak anak atau ibunya..kwn nrl pilih ibunya..hanya air mata mengiringi bila kwn nrl decide pada doktor..ida kena kuat..akan ada peluang yg lain utk ida dan suami..kita adalah hamba Allah dan Allah tidak akan sekali-kali mengecewakan kita..kuat ya syg..salam takziah dari kejauhan..ukhwah selamanya walaupun tidak berhubung..assalamualaikum........

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nurul..terima kasih ya..
      Allah sebaik2 perncng, insya-allah pst ada hkmh di atas semua yang berlaku. ni berusaha utk mengikhlaskan diri dan melapagkan hati utk menerima pa yang berlaku.terima ksh ya sahabt..

      Delete
  2. assalamualaikum akak....

    http://lifequestrant.blogspot.com/2012/08/warkah-buat-kakak-tersayang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam adk aina. trm ksh ya. doakan akak ya.. sesunguhnya doa org yang berjauhan adalah mustajab di sisi Allah yang kduanya saling bertemu dan berkasih sayang untuk mengharap redha Allah, insya-allah.. Sayang aina..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE