Selamat Hari Raya

Bismillah.

Taqaballahu mina wa minkum... Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu dibulan Ramadhan.

Hari ni 20 Ogos bersamaan dengan 2 Syawal... 

Salam Aidilfitri 1433 H

Alhamdulillah syukur ya Allah tahun ni Engkau masih beri diri ini kenikmatan untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Raya tahun ini juga ahli keluarga dah bertambah, suami dan keluarga suami. =). Jadi, kesempatan ini dengan penuh rasa rendah diri aku ingin menyusun sepuluh jari memohon segala salah dan silap kepada semua kenalan ataupun sahabat-sahabat lama yang tersinggah didiari maya ini, sama ada dengan sengaja ataupun tanpa sengaja sesungguhnya kita adalah manusia yang lemah dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan sepanjang kita masih bernafas di dunia ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Buat yang telah tiada jangan lupa untuk disedekahkan al-Fatihah buat mereka, al-Fatihah.

Muhasabah buat diriku...Bersyukurlah kepada Allah dalam setiap nikmat yang tidak terhingga sesunguhnya jika dihitung kenikmatan Allah nescaya kita tidak mampu untuk mengiranya. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 18;

" Dan jika kamu menghitung nikmat allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan mendapat menghitungnya satu persatu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

Bersyukurlah kerana kita masih mampu untuk merayakan sambutan aidilfitri ini bersama dengan insan-insan yang tersayang, menyambut perayaan aidilfitri dalam keadaan yang aman. Raikanlah sambutan ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan ya. Jadikanlah segala amalan kita disepanjang bulan Ramadhan diteruskan juga pada hari-hari biasa dalam mencari mardhatillah. Insya-allah sesungguhnya amalan yang disukai oleh Allah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. 

Untuk raya tahun ni, aku beraya pertama kali sebagai seorang isteri. Warna tema untuk raya kali ini adalah warna ungu, pemilihan baju pun adalah last minit, baju dibeli dikedai sahaja itupun 2 hari sebelum hari raya baru berkesempatan beli baju raya, memandangkan banyak perkara diluar kawalan yang berlaku. Untuk raya pertama aku beraya di kampung suami dan raya kedua baru balik ke Tuaran (Masa update diari ni telah berada di Tuaran pun =) ). Raya tahun juga adalah raya pertama aku memberikan duit raya kepada anak2 buah dan adik2 sepupu. Ada rezeki lebih jadi x salah untuk kita kongsi rezeki kepada orang lain kan. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah"

Dalam aku memberi duit raya, aku pun dapat duit raya dari suami, hihi,tak sangka, apa-apapun terima kasih ya abg. Syukur ya Allah di atas segala rezekiMu.


SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE