Ibu


~Bismillah~

Dua hari lepas aku ada sembang2 dengan mama di telefon, masa tengah sembang2 tu, mama cakap "rindu pula dengar suara ko nak".. ehee.. saja ja manja2 dengan mama, aku tanya mama "kenapa rindu", mama kata "iyalah mama pun sudah tua, bukannya tahu umur"…sob.. bergenang air mata.. Allah… Rindu keluarga di Tuaran. (Baru ja pun balik Tuaran hari tu, huhu.)

Jadi hari ni aku nak kongsi sedikit tentang mama @ ibu.

 Tanpa ibu kita tidak akan lahir ke dunia ini

Sebagai permulaan aku suka untuk berkongsi satu hadis tentang ibu.

Dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku?" Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian siapa?’ Baginda berkata ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Bapamu.' [HR Bukhari & Muslim] 

Berdasarkan hadis diatas, jelas Rasulullah S.A.W menegaskan kepada diri kita untuk menghormati ibu dan bapa kita.

Mama, ibu, ummi ataupun mak membawa maksud yang sama. Ibu adalah individu yang diberi amanah oleh Allah untuk mengandungkan diri kita selama 9 bulan lebih. Apa yang ibu makan dan minum, itulah yang akan disalurkan kepada diri kita semasa berada dalam perut untuk tumbesaran kita. Kaki ibu jadi bengkak kerana membawa kita selama 9 bulan. Kadang2 tidurnya terkejut kerana kita tengah membuat senaman tukar gear ketika dalam perut.=]

Hari ini kita adalah anak kepada ibu kita, insya-allah pada masa hadapan jika diberi peluang oleh Allah, kita juga akan bergelar ibu kepada anak2 kita. Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu, berusahalah untuk menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua orang tua kita. Sekiranya ibu kita masih hidup di dunia ini, berbaktilah, tetapi sekiranya sudah tiada, kirimlah al-fatihah buat dirinya disana.

Sebagai seorang anak, kita wajib untuk mendengar dan patuh pada kata2 ibu selagi mana perbuatan tersebut tidak melanggari syarak dan bertentangan dengan syariat Islam. Walaupun kadang2 kita tidak bersetuju dengan kata2 ibu kita, tapi cubalah berbincang dengan berhikmah, kalau masih tidak dapat kata sepakat, berbincanglan sesama ahli keluarga yang lain dan jangan lupa untuk berdoa..iya berdoalah…minta pertolongan pada DIA yang selayak-Nya. Yakin..AllahS.W.T pasti akan tunjukkan jalan yang terbaik buat diri kita semua.

Perkara yang paling penting kita kena bersangka baik dengan ibu kita. Nabi pernah bersabda, jika mana ibubapanya redha kepada anaknya, maka redha Allah pasti akan bersama anak tersebut. Siapa yang nak redha Allah bersama dirinya? Pasti kita semua mahukan. Insya-allah kalau kita berpegang dengan hadis tersebut, bahagialah hidup kita didunia ini.


Tanpamu..aku tiada didunia ini

Kesimpulannya..hargailah ibu kita kerana tanpa dia kita tidak akan lahir didunia ini.
Selain itu, bagi yang sudah berkahwin, hargailah ibu mertua kita kerana tanpa dia, suami kita tidak aka ada di dunia ini. 

Muhasabah buat diriku, bersangka baik dalam setiap perkara dan berusaha untuk menjadi anak yang solehah dan anak menantu yang baik, insya-allah. Hidup ini indah jika semuanya kerana Allah.


Tanpanya..suamiku tiada di dunia ini

Teringat masa belajar kat universiti dulu, bila mana ustazah ada menerangkan beberapa perkara yang dilihat akan mendapat pahala, antaranya ialah dengan melihat wajah ibu kita. Subhanallah..mudahkan untuk mendapat pahala.. tapi ingat..kita juga akan mudah mendapat dosa sekiranya melukakan hati mereka.

 “Ya Allah..ampunilah aku..ampunilah suamiku.. dan ampunilah kedua2 ibubapaku, kedua2 mertuaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dalam memelihara dan mendidik semasa kami kecil, amin ya Allah”


Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE