Sanah helwah


~Bismillah~

Baru hari ni dapat update blog kerana keadaan yang tidak mengizinkan, lebih2 lagi bila En. Suami diberi ujian tubuh badan yang tidak sihat sejak 3 Disember yang lepas. Alhamdulillah sekarang sudah beransur baik dan sudah mula membuat lawak seperti biasa, syukur Alhamdulillah. ;)

Hari ni aku nak dedikasikan sesuatu dalam diari maya ni buat En. Suami tersayang yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Disember yang lepas. Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 27 tahun sayang. Tiada hadiah yang bernilai mampu aku berikan melainkan hanya doa pada DIA untuk segala kebaikan dalam hidup abang.

Ni masa En. Suami kecil2..comeykan =)


Sekarang..Alhamdulillah sudah 27 tahun usianya


doaku buat dirinya

Tidak lupa juga kepada teman seperjuangan ketika belajar dulu, Pn. Aini yang bermurah hati berikan topup semasa keadaan suami tidak mengizinkan hari tu. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik yang diberikan.


Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE