~cerita sekolah~
Alhamdulillah masih punya kelapangan untuk mengisi diari
maya ini. Mencari hari yang betul2 ada mood untuk menulis. Kurang tekanan kerja
dan kerja yang diperlukan sudah dibuat.
Hari ni aku cuma ingin berkongsi subjek yang aku ajar di
sekolah. Seperti biasa aku diberi amanah untuk mengajar Kemahiran Hidup (KT)
sebagai subjek utama dan dua subjek yang lain iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Iya
2 subjek ni adalah subjek baru kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas.
saya cikgu.. =)
Jauh dihati aku kadang2 terfikir, dulu masa belajar bimbang
xlepas peperiksaan dengan baik. Bila dah habis belajar, bimbang pula xdapat
posting. Bila dah kerja ni, bimbang pula apa yang kita ajar ni xsampai pula
kepada pelajar. bimbang syok sendiri pun ada. Huhu. =p. hmm..macam2..
Berfikir, merancang dan menulis
Walaupun kadang2 jauh dihati aku terasa seperti ada sedikit
penganiyaan tapi aku tetap kena teruskan juga. Walupun kadang2 aku mengambil
masa satu jam untuk membuat RPH Bahasa Melayu kerana membaca huraian sukatan
pelajaran, tapi aku tetap kena buat juga. Walaupun kadang2 aku duduk dan
berfikir macam mana nak tarik minat pelajar untuk terus setia bersama aku dari masa
awal hingga masa akhir subjek Sejarah, tapi aku tetap kena laksanakan juga
tugas aku untuk mengajar. Aku mengajar dan dalam masa yang sama aku pun
belajar. Aku kena buat sebaik mungkin kerana aku punya gaji dan aku xnak gaji
yang aku makan tiada keberkatan buat diriku ini. Lagipun aku xnak dipersoalkan di 'sana' nanti.
Mula2 mengajar 2 subjek ini sejujurnya aku rasa kekok dan
ralat. Bukannya apa, walau keputusan kita cemerlang dalam PMR dan SPM tidak
semestinya kita mampu menyampaikan sesuatu ilmu tersebut dengan baik. Iya…kita
kena pandai sesuaikan bentuk pengajaran dan pembelajaran kita dengan latar
belakang pelajar kita yang terdiri daripada pelbagai latar akademik. Kita kena
rajin bertanya juga kepada mereka yang lebih arif dan mahir dan yang paling penting kita kena rajin belajar dan juga berdoa kepada Allah agar semua urusan kita dipermudahkan.
Kesimpulannya aku belajar balik subjek yang telah aku tinggalkan dan aku membeli buku rujukan
yang baru untuk belajar semula..
Kuat semangat ya cikgu Nazidah. =).. kuat ke? Hanya Allah sahaja yang Mengetahui saat jiwa ini kacau dan berserabut. La tahzan sayang... Allah bersamamu...
Mengadu pada DIA yang selayak-Nya
Comments
Post a Comment