Anugerah Terindah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah ini.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya aku sudah menjadi ibu untuk hampir 6 bulan. (Banyak sudah ibu rasa sayang)


Pada 21 Oktober 2014 lahirnya seorang puteri @ khalifah Allah di muka bumi ini.
Alhamdulillah menjadi pelengkap dalam kehidupan kami suami isteri.

Anak solehah ibu, Ainur Mardhiah


Nama diberi Ainur Mardhiah Bt Jumiril.
Insya-allah semoga menjadi cahaya mata yang diredhai sayang.
Lahir di Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Likas.
Berat cuma 1.85kg, sekarang sudah 6kg lebih alhamdulillah.
Anak ibu lahir pada pukul 8.08 malam secara pembedahan. 
Insya-allah akan ada juga entri tentang pengalaman bersalin nanti untuk kenangan pada masa akan datang.

Alhamdulillah anak ibu hampir 6 bulan sudah. 
(Terima kasih mama dan anty jia banyak tolong ibu jaga Ainur semasa ibu tidak sihat, T_T)
Banyak ragam dan gaya sudah.
Menjadi penghibur buat kami sekeluarga.
Syukur ya Allah atas anugerah yang Engkau berikan ini.
Permudahkanlah perjalananku menjadi seorang ibu ya Allah.


Ibu sayang Ainur...


Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE