Posts

Showing posts from 2016

Aktiviti Cuti Sekolah: Lok Kawi Wildlife Park

Image
Bismillah.. Banyak entri yang ingin dikongsi cuma menunggu mood untuk menulis sahaja. Sebelum ini pernah menulis tentang plan untuk pergi ke zoo ini sini . Perancagan  ni tahun 2012. Sekarang tahun 2016 baru berkesempatan untuk pergi. Plan pergi kali ni last minit sebab malam tu demam mengejut. Bila pagi tu rasa ok sikit, cadang pergi zoo dengan suami. Kali ni pergi dengan anak dan anak-anak buah, Wafiy, Caca dan Azizi. Jah xdapat ikut sebab umi dan abinya ada kelas mengaji.  Jalan dalam pukul 12 lebih. Sampai di zoo sebelum pukul 2 petang. Sekiranya bertolak dari Kota Kinabalu perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Kami menggunakan GPS supaya tidak sesat. Muka excited mahu pergi zoo. Bayaran kemasukan ke zoo bagi warganegara, orang dewasa adalah Rm10 untuk kanak-kanak Rm5 manakala kanak-kanak dibawah 3 tahun adalah percuma.  Lok Kawi wildlife Park ni terbahagi kepada 2 bahagian zoo dan taman botani. Lok Kawi wildlife Park ni dibuka pada setiap hari dari puku

Aktiviti Cuti Sekolah: Pulau Labuan

Image
Alhamdulillah semoga terus diberi nikmat kesihatan kepada kita semua. Cuti kali ni  banyak aktiviti yang mahu dibuat. Harap2 semuanya dipermudahkan oleh Allah. Pulau Labuan…tempat aku belajar matrikulasi dulu. Kalau dari sabah ada 3 cara untuk sampai ke Pulau Labuan. Pertama guna kapal terbang dari Kota Kinabalu, kedua gua feri dari Kota Kinabalu dan ketiga dari Menumbok (Guna Feri kenderaan atau speedboat). Jadi perginya ke Labuan kali ni adalah untuk pertunangan adik ipar yang kedua. Kami guna laluan Menumbok sebab senang untuk bawa kereta sendiri apabila sampai Labuan nanti. Hujung ke hujung. Kudat-Kota Kinabalu-Menumbok-Labuan Pada 9/12/2016 kami balik ke Kudat dulu. Esoknya baru konvoi bergerak ke Menumbok. Pukul 3 pagi mcam tu bangun dan siapkan apa yang patut. Pukul 4 pagi bergerak sebanyak 6 buah kereta berkonvoi. Masa ni Ainur x bangun lagi, jadi angkat ja dengan keadaan x mandi lagi, dalam perjalanan baru ganti baju. =p.  Alhmdulillah semuanya dipermu

Diari SLE: Berfikir

Image
Entri imbas kembali. Catatan ni aku tulis semasa berada di wad. Suamiku yang belikan buku latihan. Ada gambar mickey mouse sebab Ainur yang pilih. Buku ni  aku boleh guna bila aku boring dengan menulis sesuatu.  12/7/2016 hari yang betul2 aku rasa down. Pukul 2 petang pergi klinik pakar mata untuk rawatan susulan. Dalam pukul 4 lebih macam tu baru siap. Tidak lama lepas sampai wad, doctor sudah bersedia untuk buat LP @ ambil air tulang belakang. Macam inilah salah satu kedudukan pesakit semasa LP. kena bongkokkan badan seboleh yang mungkin . Selalunya doktor akan ambil air dalam 7-9 botol. bergantung kepada tekanan dalam kepala pesakit. Macam biasa, kesakitan semasa mengambil air tulang belakang pasti akan ada. Lepas LP, aku tidak boleh bergerak selama 6 jam. Kena tidur @ baring terlentang sahaja. Tapi… 3 jam pertama aku sudah bergerak dengan kebenaran nurse untuk ke tandas membuang air kencing. Memang tidak boleh tahan. Kalau sebelum ni boleh tahan lama2,

Diari SLE: Hadirnya Ketika Duka

Image
Ya Allah..Entri kali ni bukan niat untuk mengeluh atau mengadu domba… Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Dalam aku diuji sebagai pesakit SLE, dengan dos ubat yang tinggi, serta kitaran haid yang memang tidak menentu selepas pengambilan ubat, aku diberi nikmat untuk mengandung sekali lagi masa umur Ainur mencecah 7 bulan. Masa ni aku belum perasan apa2, Cuma keinginan untuk makan buah manga atau jeruk mangga sangat membuak2. Asal pergi pasar, pasti beli buah mangga… Ada juga buah mangga yang suami tolong potong dan simpan dalam peti sejuk. Memang nikmat sungguh bila dapat makan. Tapi aku perasan, ruam @ rash dimuka naik dimuka. Rambut kerap gugur dan sendi memang sakit. Bila balik Tuaran, mama pula risau dan suruh beli UPT. Pada 1/6/2015 suami pergi beli UPT dan petang tu juga aku cuba chek. Ingat lagi kalau masa dulu, lepas titik aku akan tunggu agar line naik even faint line, berharap sangat dulu supaya cepat melekat. Tapi kali ni aku biarkan kejap dan cuci

Diari SLE: Aku dan SLE

Image
Bila Allah mengujimu… Bermakna Allah sayang kepadaMu.. Allah rindukan rintihan suaramu untuk memohon dan berdoa kepadaNya. Disini aku mahu berkongsi tentang ujian yang Allah beri kepada kami sekeluarga. Tujuan cacatan ini ditulis sebagai kenangan dan rujukan pada masa akan datang.Jujur, pernah aku berharap, sebenarnya sangat berharap agar perkara ni adalah cuma mimpi. Kesakitan yang aku alami cuma mimpi. Kesedihan keluargaku cuma mimpi..  Allah..betapa lemahnya diriku =(.. Aku berharap ada orang yang kejutkan aku dan bila aku bangun, aku tinggalkan semua kesakitan dan kesedihan yang aku rasa dan menjalankan kehidupan yang normal macam orang lain. Allah.. ampunkan dosaku..  Inilah hakikat yang aku kena tempuh. Sebagai hamba Allah, aku kena yakin bahawa perancangan Allah Maha hebat terhadap setiap hamba-Nya.. Allah pasti punya rahsianya yang sendiri. Menjadi seorang ibu adalah anugerah Allah yang sangat bernilai. Berjaga malam dibantu oleh suami adalah pengalaman yang sa

.:Diari SLE: Cerita Dari Tingkap Hospital:.

Image
Bismillah.. dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah . Sakit...menjadikan aku lebih sabar.. Alhamdulillah.. semoga ada sinar buat diriku sekeluarga. Suasana baru, tempat kerja baru dan juga semangat baru, insha Allah. Entri kali ni lebih kepada entri imbas kembali. Tahun ni sudah empat kali aku keluar masuk wad. Raya puasa dan aidilfitri di hospital. Syukur ada suami yang sentiasa menemani dan keluarga yang sentiasa berada disisi untuk memberikan sokongan. Semuanya bermula dengan sakit kepala yang teruk awal bulan 5. Sampai x mampu nak bawa diri, demam dan muntah2. Selera makan memang tiada.  Bila pergi kecemasan Tuaran, cek  darah semua normal Cuma tambah air.  J adi, entri ni aku nak tulis tarikh keluar masuk dan pengalaman sepanjang berada di hospital Queen untuk rujukan akan datang. Semoga tiada lagi lepas ni. Aamin ya Allah. ~5/5/2016-22/5/2016~   Sebelum hari jadi lagi sudah sakit, tapi tunggu lepas hari jadi baru pergi hospital seba

~Rindukan syurga Allah~

Bismillah Bila kita diuji... Pasti kita akan lebih bergantung kepada Allah. Cuma kadang2, diri xtahan ujian, terasa lemah. Tapi diri ni tetapkan rindukan syurga-Mu ya Allah. Bantu aku ya Allah.. Lindungiku dari putus asa.. Aamiin ya Allah .

Masih Bernafas...

Image
Bismillah.. Fuu..Dekat setahun tidak update blog. Banyak yang ingin disimpan disini untuk tujuan rujukan akan datang. Untuk bacaan Ainur kesayangan juga pada masa hadapan. Cuma kekangan masa dan keadaan diri yang kadang2 tidak mengizinkan. Alhmdulillah masih bernafas dimuka bumi Allah. Masih berharap diri akan diberi kesihatan sepenuhnya oleh Allah. Masih berjuang untuk mencari kekuatan dalam sisa-sisa  yang masih tinggal. Semoga perjalanan ini, perjalanan keluargaku dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah.. Ainur pun semakin membesar. Sudah semakin aktif.. Banyak betul ragam dan gaya. Perlu kesabaran yang tinggi mendidik dan menjaga anak yang aktif. Alhamdulillah juga sudah diberi kesempatan untuk menjaga Ainur sepenuhnya. (Terima kasih semua keluarga yang banyak menjaga Ainur ketika ibu berjuang hidup dan mati) Insha-Allah semoga lepas ni lebih konsisten untuk menulis. Entri tentang penyakit akan menyusul kemudian. Supaya dapat berkongsi tentang penyakit yang dialami