Semoga Terus Tabah
Saat aku menulis catatan ni hanya air mata menjadi peneman. Menginsafi diri.. Mengenang betapa kecilnya diri ini.. Baru sedikit ujian Allah bagi, diriku ini seakan sudah rapuh dan lemah. Hmm.. Sebenarnya tiada satu jaminan pun apa yang ada dengan kita, selamanya adalah milik kita. Semuanya milik Allah. Kita hanya meminjamnya sahaja. Bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil haknya. Selain mengetahui diri menghidap penyakit kronik.. Perkara lain yang paling kita takut adalah bila mengetahui bila orang yang kita sayang juga berhadapan dengan perkara yang sama.. Allahuakhbar. Kurang setahun selepas aku disahkan ada SLE, kami dikejutkan dengan keadaan anak buah, Siti Khadijah yang menghadapi penyakit scoliosis . Bukan setakat scoliosis, tetapi disaraf tunjang juga ada air bertakung. Satu malam tu, mama telefon (masa tu aku masih dikudat) beritahu yang anak buah tiba2 menangis kesakitan. Bahu Siti Khadijah sedikit membengkok. Ummi dan abinya bawa pergi Hospital Likas. B