Semoga Terus Tabah
Saat aku menulis catatan ni hanya air mata menjadi peneman. Menginsafi
diri.. Mengenang betapa kecilnya diri ini.. Baru sedikit
ujian Allah bagi, diriku ini seakan sudah rapuh dan lemah.
Hmm.. Sebenarnya tiada satu jaminan
pun apa yang ada dengan kita, selamanya adalah milik kita. Semuanya milik
Allah. Kita hanya meminjamnya sahaja. Bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil haknya.
Selain mengetahui diri menghidap penyakit kronik.. Perkara
lain yang paling kita takut adalah bila mengetahui bila orang yang kita sayang
juga berhadapan dengan perkara yang
sama.. Allahuakhbar.
Kurang setahun selepas aku disahkan ada SLE, kami dikejutkan
dengan keadaan anak buah, Siti Khadijah yang menghadapi penyakit scoliosis. Bukan
setakat scoliosis, tetapi disaraf tunjang juga ada air bertakung. Satu malam tu, mama telefon (masa tu aku masih dikudat) beritahu yang anak buah tiba2 menangis kesakitan. Bahu Siti
Khadijah sedikit membengkok. Ummi dan abinya bawa pergi Hospital Likas. Buat semua
x-ray, ct scan, doctor sahkan Siti Khadijah ada scoliosis. Sekarang, masih dalam
pemantauan. Doctor pun masih belum tahu apa keputusan yang terbaik buat anak
buah. Kalau scoliosis biasa, boleh dibedah untuk tampung pembengkokan tulang. kalau
x silap, sekarang ni degree pembengkokan anak buah sudah 45-47 degree macam tu.
Cuma sekarang ni Jika bedah, ada risiko sebab melibatkan
saraf tunjang. Jika tidak dibedah pula,
sampai bila Siti Khadijah akan bertahan sebab tulang akan menekan bahagian
jantung. Allah..Allah... sekarang anak buah aktif juga macam kanak-kanak normal
yan lain. Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat kami sekeluarga.
Siti Khadijah..Semoga sentiasa sihat.
Bulan 10, tahun 2016. Sekali lagi keluarga kami dikejutkan
dengan ujian yang berat apabila mamaku disahkan menghidap breast cancer stage
4. Waktu kakak telefon ni, aku berada disekolah masa perhimpunan. Memang tidak
tertahan air mata, aku cuba tahan. Tapi…air mata ni aku xmampu bendung.. satu2
air mata jatuh, terpaksa pergi tandas.. Allah..besar sungguh ujianMu..
Jah and the geng. Eh..Ainur mana? =)
Sekarang mama menjalani rawatan kemoterapi. Satu cycle ada 6
pusingan. Rawatan kemoterai mama setiap 3 minggu. Sekarang ni mama sudah buat kemoterapi kali ke-empat. Insha-allah ada 2 kali lagi. Baru2 ni
kami ada temankan mama untuk review dengan doktro pakar. Alhmdulillah kanser
mama mengecut dan Insha-allah kalau
tiada halangan, bulan 3 ni mama akan buat pembedahan. Semoga dipermudahkan
segalanya, aamiin ya Allah.
Mama masa on kemoterapi.
Semoga kami semua tabah. Semoga Allah memberikan nikmat
kesihatan kepada mamaku sayang dan anak
buahku sayang. Semoga allah memberi ketabahan dan kesabaran kepada bapaku.
Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada kakak2 dan abang2ku. Semoga
abg amin dan kak Lin kuat menghadapi ujian daripada Allah. Semoga suamiku juga
terus tabah dalam menjagaku.
Allah.. mungkin ini bahagian kami di dunia. Aku tahu untuk dapatkan
syurgaMu bukan mudah. Semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang sentiasa bergantung harap hanya kepadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memberi penyakit dan sesungguhnya
Engkau jugalah yang memberi penawar. Semoga ujian kesakitan yang Engkau berikan
kepada kami sekelurga menjadi baja2 agar kami berusaha untuk lebih dekat dengan
Mu ya Allah.
Comments
Post a Comment