SLE dan Mengandung
Entri kali perkongsian tentang SLE dan mengandung.
Mengandung? Semua wanita yang sudah berkahwin pasti ingin menjadi
seorang ibu. Setiap orang berlainan rezeki.. Ada yang baru kahwin terus lekat,
tapi ada yang lambat. Cuma yang penting jangan mudah berputus asa. Jangan berhenti
berdoa dan sentiasa berusaha. Insha-allah, Allah pasti memberi pada masa yang
betul-betul sesuai. Bukan sesuainya pada perancangan kita, tapi pasti sesuai
pada perancangan Allah SWT.
Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang..
Bagi aku pula setelah hampir 2 tahun menunggu, baru Allah
kurniakan rezeki cahayamata buat kami sekeluarga. Stabil emosi, stabil kewangan
dan stabil dalam kehidupan berkeluarga, maka Allah kurniakan rezeki buat kami.
Ainur...Penghibur hati ibu ayah.
Alhamdulillah untuk rezeki yang tidak terhingga ini. Cuma untuk
menambah anak buat masa terdekat ni keadaan belum mengizinkan atas faktor
kesihatan. Pernah aku kongsi disini tentang aku mengandung kali ke-3, tapi masa
ni keadaan kesihatanku betul2 tidak mengizinkan.. Doktor terpaksa membuat DnC. Xpa,
semoga cahaya mata yang diredhai ini sentiasa menjadi cahaya mata yang solehah
dan penghibur hati buat kami.
Lepas kejadiaan tu, aku dan suami telah mengambil langkah
pencegahan. Mula2, guna injection setiap 3 bulan, tapi keadaan macam x berapa
sesuai. Selepas perbincangan dengan doctor pakar, aku pun pasang implan @
implanon. Implan ni kos tanggung sendiri. Tahun 2015, total kos termasuk upah doctor
rm560. Implan ni kecil dan nipis ja. Implan ni kena tembak dekat lengan lepas
tu kena jahit sikit. Sakit jugalah bila kesan bius da habis. Menangis juga masa
ni sebab belum habis satu sakit, ada lagi sakit lain.. xpa..Allah sayang lebih
tu ujian lebih Allah bagi..
Perkongsian ni aku dapat dari sini. Tidak ramai
yang tahu penyakit ni. Masa sampai sekolah baru bila sebut penyakit SLE, rata2
jawab ni sakit apa.ni pertama kali dengar..sakit ni bahaya ka.. xpa.. mana tau
perkongsian ni sedikit sebanyak membantu orang diluar sana tau apa tu pesakit
SLE.
Fakta Ringkas
Bagi
pesakit SLE, kesuburan lazimnya tidak terganggu, walaupun aktiviti penyakit dan
sesetengah ubat boleh menjejaskan kitaran haid.
Merancang kehamilan adalah
penting. Pesakit
itu mestilah tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif
sekurang-kurangnya enam bulan sebelum hamil. Oleh kerana SLE boleh menjadi
lebih aktif semasa kehamilan, maka amatlah penting bagi pesakit berada di bawah
jagaan doktor semasa hamil.
Walaupun
kehamilan bagi seseorang yang mengidap Sistemik Lupus Erithematosus (SLE)
dianggap satu risiko tinggi, kebanyakan wanita dapat mengekalkan kehamilan
mereka hingga ke peringkat akhir. Namun demikian, harus ditekankan bahawa
merancang kehamilan adalah penting. Sebaik-baiknya, seseorang wanita tidak
mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam
bulan sebelum kehamilan.
Masalah sewaktu Kehamilan
Amat
mustahak bagi seseorang pesakit SLE yang hamil berada di bawah jagaan doktor
semasa kehamilannya. Ini adalah kerana lebih tinggi kemungkinan penyakit
menjadi aktif bagi pesakit SLE yang hamil berbanding yang tidak hamil. Keadaan
ini berlaku terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga dan yang paling
kerap, selepas kelahiran bayi.
Ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada tahap
hormon semasa kehamilan, iaitu pertambahan pada tahap estrogen. Oleh sebab itu,
rawatan segera adalah penting untuk menjaga kesihatan si ibu. Biasanya,
keradangan buah pinggang lebih kerap berlaku sementara sakit sendi berkurangan.
Fakta-fakta yang harus diambil kira:
- Wanita yang mengidap SLE mempunyai kadar keguguran serta kelahiran tidak cukup bulan yang lebih tinggi berbanding dengan orang ramai.
- Wanita yang mempunyai antibodi antifosfolipid (Antiphospholipid syndrome) mempunyai risiko keguguran yang lebih semasa trimester kedua disebabkan pembekuan darah yang lebih tinggi di dalam uri.
- Pesakit SLE yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami pra-eklampsia (tekanan darah tinggi akibat pertambahan cecair berlebihan dalam sel-sel tisu dalam badan).
- Wanita hamil yang mengidap SLE, terutamanya mereka yang mengambil kortikosteroid, juga bekemungkinan mendapat tekanan darah tinggi, kencing manis, serta komplikasi buah pinggang. Oleh yang demikian, rawatan susulan dan pemakanan yang baik semasa kehamilan amat perlu
- Adalah dinasihatkan untuk melahirkan bayi di institusi kesihatan yang mempunyai kelengkapan rawatan rapi bagi bayi (sekiranya bayi mengalami apa-apa masalah)
Pengawasan sewaktu Kehamilan
Bagi wanita yang mengalami penyakit buah pinggang yang stabil sebelum hamil, kehamilannya tidak akan membahayakan fungsi buah pinggang dalam masa jangka panjang.
Bagi wanita yang mengalami penyakit buah pinggang yang stabil sebelum hamil, kehamilannya tidak akan membahayakan fungsi buah pinggang dalam masa jangka panjang.
Namun demikian, gangguan buah pinggang mungkin berlaku buat pertama
kalinya semasa kehamilan. Para doktor juga harus berhati-hati kerana SLE yang
aktif agak susah untuk didiagnosa semasa kehamilan kerana ciri-cirinya hampir
sama dengan ciri-ciri kehamilan biasa.
Adalah
lebih baik bagi pesakit yang hamil melakukan pemeriksaan di klinik-klinik
gabungan (obstetrik dan perubatan). Riwayat pesakit dan pemeriksaan fizikal
merupakan perkara penting dalam pengawasan aktiviti penyakit semasa kehamilan.
Kawalan awal terhadap aktiviti penyakit amat perlu. Penilaian awal termasuklah:
- Ujian untuk antibodi anti-Ro dan anti-La
- Ujian bagi antibodi antifosfolipid bagi mereka yang pernah mengalami keguguran
Perawatan
Pesakit SLE yang Hamil
Ubat-ubatan
yang boleh digunakan semasa kehamilan adalah:
- Aspirin atau ubat anti-radang yang tidak mengandungi steroid (NSAIDs), yang digunakan untuk melegakan sakit sendi atau otot. NSAIDs selain daripada aspirin harus dielakkan semasa trimester ketiga.
- Ubat anti-malaria seperti Plaquenil adalah berguna untuk mereka yang mengalami penyakit kulit dan sendi.
- Prednisolone pada dos yang rendah. Oleh kerana kehamilan hanya dirancang semasa penyakit terkawal, kebanyakan pesakit telah pun mengambil prednisolone pada dos yang rendah apabila mereka hamil. Oleh kerana terdapat risiko seperti kencing manis dan darah tinggi, para doktor mesti cuba memastikan pesakit mengambil prednisolone tidak lebih daripada 10mg sehari.
Jika
penyakit SLE menjadi aktif, methylprednisolone boleh digunakan secara
intravena(drip). Cyclophosphamide harus dielakkan kerana kaitannya dengan
kecacatan kelahiran.
Keputusan
Menghentikan Kehamilan
Untuk keputusan menghentikan kehamilan, para doktor akan mengambilkira faktor-faktor berikut:
Untuk keputusan menghentikan kehamilan, para doktor akan mengambilkira faktor-faktor berikut:
- Adakah kesihatan ibu berkemungkinan menjadi bertambah buruk jika kehamilan diteruskan?
- Adakah bayi berkemungkinan membesar dengan lebih baik jika dilahirkan berbanding berada di dalam kandungan?
Komplikasi
ibu biasanya lebih berkaitan dengan kehamilan dan bukannya penyakit SLE. Samada
melahirkan bayi atau menjalani pembedahan adalah satu keputusan obstetrik.
Isu-isu yang khusus kepada SLE jarang menentukan cara bayi dilahirkan, walaupun
ianya boleh meningkatkan kesegeraan untuk pembedahan.
Waktu
Dalam Pantang
Pesakit dinasihatkan mengambil ubat steroid dua atau tiga bulan selepas bersalin jika penyakit SLEnya aktif sepanjang kehamilan. Pesakit harus berjaga-jaga kerana penyakit SLE kerap menjadi aktif sewaktu trimester kedua dan ketiga serta waktu selepas bersalin. Kakitangan neonatal juga perlu diberitahu mengenai status anti-Ro dan anti-La pesakit.

Penyusuan
Bayi
Pesakit SLE boleh menyusukan bayi mereka. Pada umumnya, hanya sedikit sahaja steroid yang mengalir ke dalam susu ibu, terutama sekali apabila pesakit mengambilprednisolone pada dos yang rendah. Kesan agak kecil jika ibu mengambil 20mg prednisolone atau kurang setiap hari. Pendedahan bayi kepada steroid boleh diminimakan lagi dengan menyusukan bayi sebelum mengambil ubat prednisolone. Anti-koagulan seperti heparin juga selamat, sementara cyclophosphamide tidak selamat.

Lupus
Neonatal
Lupus neonatal adalah gangguan yang berlaku pada bayi yang baru lahir di mana auto-antibodi di dalam darah ibu (yang dipanggil anti-Ro dan anti-La) berkemungkinan menyebabkan ruam kulit dan merosakkan tisu konduksi jantung janin. Biasanya terdapat ruam kulit di antara bulan pertama hingga ketiga selepas kelahiran. Namun demikian, ruam-ruam ini akan hilang selepas lebih kurang enam bulan tanpa rawatan. Walaubagaimanapun kes-kes ini jarang berlaku (kurang daripada 2%), jika terdapat sekatan jantung pada bayi, keadaannya tidak boleh pulih dan bayi memerlukan “pacemaker”.

Sindrom
Antifosfolipid
Pada tahun 1983, Dr. Graham Hughes telah memperkenalkan satu sindrom yang digelar “darah melekit”. Sindrom ini dikaitkan dengan kehadiran antibodi kepada fosfolipid. Biasanya dua ujian diperlukan – antibodi kardiolipin dan lupus anti-koagulan. Ciri-ciri utama sindrom antifosfolipid adalah:

- Berlaku darah beku
- Keguguran kandungan yang berulang
Ciri-ciri
lain termasuklah kiraan platelet yang rendah, ruam kulit yang bertompok,
migrain, dan ujian darah antibodi antifosfolipid yang positif.
Bagi
mereka yang mengalami Sindrom Antifosfofolipid, keguguran kandungan biasanya
berlaku pada timester kedua. Rawatannya ialah dengan mengambil aspirin dan
heparin. Pengambilan heparin akan diberhentikan sebaik proses bersalin bermula
dan disambung kembali selepas bayi dilahirkan. Risiko darah beku yang paling
utama kepada ibu ialah waktu selepas bersalin.
Zaman
Kanak-Kanak
Walaupun tidak banyak terdapat kajian susulan mengenai anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang mengidap SLE, risiko kanak-kanak berkenaan mendapat SLE adalah sangat rendah. Didapati juga bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai ketidakupayaan pelajaran yang lebih berbanding kanak-kanak perempuan.

Penutup
Pada masa
sekarang, wanita yang menghidap SLE boleh hamil dan melahirkan anak dengan selamat.
Anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menjadi seorang ibu. Yang
pentingnya ialah anda harus berwaspada dan menjaga diri anda dengan baik
sewaktu dan selepas kehamilan anda. Bertindaklah dengan bijak dan ikut nasihat
doktor mengenai waktu yang selamat untuk hamil.
Insha-allah kita sebagai hamba-Nya banyakkan berdoa dan serahkan semuanya kepada Allah. JAnji Allah, bersama kesulitan pasti ada kemudahan.
Comments
Post a Comment