Cinta Hingga Ke JANNAH
Setiap insan yang bergelar isteri mahupun suami pasti
menginginkan hubungan rumah tangga yang dibina berkekalan selamanya. Bukan hanya
di dunia tapi juga hingga ke syurga, insha-allah dengan izin Allah. Insha-allah
sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan alam rumah tangga, semoga sentiasa
wujud sifat romantik dalam diri dan pasangan masing-masing. Semoga cinta yang
disemai sentiasa subur dengan reda Allah. Indahnya hidup jika didunia kita bersama, di akhirat pun bersama kelak, aamiin.
Semoga cinta sentiasa hadir dalam diri kita
Entri kali ni aku ingin kongsi dari buku “Isteriku
Bidadariku” hasil tulisan Ebit Lew. Tajuk Cinta hingga Ke Jannah.
Isteriku Bidadariku...Ebit Lew
Sedikit penerangan.
Rasulullah SAW ialah seorang lelaki yang paling romantic dan
menyayangi keluarga. Rasulullah SAW ialah seorang manusia yang paling besar
tanggungjawabnya. Manusia paling sibuk dalam dunia, namun Rasulullah SAW tidak
pernah mengabaikan dalam menyayangi ahli keluarganya malah sentiasa menghargai
keluarganya. Ini kerana Rasulullah SAW melakukannya dengan penuh rasa cinta. Tidak
pernah rasa letih dan penat dalam mencintai. Marilah kita memberi cinta kerana
mengharap reda Allah SWT. Berilah kasih sayang dengan rasa cinta. Apabila
sunnah kita gapai untuk reda Allah SWT maka Allah menunjukkan sekali lagi
kehebatannya untuk dinikmati oleh hambanya yang cuba mendekatkan diri pada
Allah SWT. Berikut cara Rasulullah melayan ahli keluarganya (ringkasan) untuk renungan
bersama
1. Cium isteri setiap kali masuk dan keluar dari
rumah.
2. Membantu isteri naik kenderaan. Bukakan pintu
dan tutupkan pintu kenderaan buat isteri.
3. Makan dan minum dari bekas yang sama. Sunnah makan
berjemaah. Sunnah suapkan makanan dalam mulut isteri.
4. Berlemah lembut dan menemani isteri yang sakit.
5. Suka bergurau dengan ahli keluarga.
6. Rasulullah SAW menghargai isteri walau ketika
haid. Wanita amat memerlukan suami yang melayannya dalam semua keadaan.
7. Mandi bersama. Dalam kajian mandi bersama ini
sangat berkesan merapatkan rasa cinta dan rasa tenang dikalangan pasangan.
8. Mengajak isteri makan di luar dan sekali sekala dan membawa pasangan ke majlis-majlis.
9. Saling menghargai dan menbersihkan setelah
bersama.
Luangkan masa dengan keluarga.
10. Bersandar di atas dada isteri dan tidur di atas
pahanya
11. Suami dan isteri berkongsi selimut.
12. Mengajak isteri menemani dalam perjalan jauah
atau dakawah bersama-sama.
13. Suami menyuap isteri makan.
14. Menemani dan menghantar isteri.
Cuba usahakan untuk keluar berdua jika ada kelapangan.
15. Berjalan berdua-duaan pada waktu malam.
16. Isteri menyikat rambut suami.
17. Isteri menyapu minyak ke badan suami.
18. Ungkapan cinta dan kasih sayang setiap hari.
19. Melayan isteri dan sentiasa mengembirakan hati
suami.
20. Bermain kejar-kejar di antara suami.
Jaga Allah...Allah pasti menjaga hubungan kamu.
Ni adalah entipati yang terdapat dalam salah satu topik buku
ni. Kalau nak lebih detail mungkin boleh dapatkan buku ni. Sangat-sangat
digalakkan. =)
Comments
Post a Comment