AGM SLE Sabah Chapter 2017
Bismillah...
Hari Sabtu bersamaan dengan 22 April 2017, aku dan suami
berkesempatan mengikuti AGM SLE yang bertempat di Venition, Penampang Kota
Kinabalu. Kami sampai dekat pukul 11.00 pagi. Cuaca masa ni hujan, masa macam
AGM SLE 2 tahun lepas.
Bermula dengan aktiviti pendaftaran. Pendaftaran untuk setiap pesakit adalah percuma, manakala untuk teman atau saudara pesakit akan
dikenakan yuran rm25. Setiap peserta akan mendapat goodies dari Persatuan SLE.
TQ Persatuan SLE Sabah Chapter.
Aktiviti pertama bermula dengan ucapan alu-aluan daripada
Presiden SLE Sabah Chapter, Dr. Rachel Joshua. Dr. Rachel merupakan doctor pakar
bahagian Reumatologi Hospital Queen Elizabeth,Kota Kinabalu. Tetapi, sekarang Dr.
Rachel sudah berpindah ke Johor.
Dr. Rachel dan Dr. Wong.
Lepas tu, satu sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr. Wong Koh Wei, Konsultan Nephrologist, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Banyak
input berguna yang telah diberikan oleh doctor tentang pesakit SLE dan buah
pinggang yang tidak dapat dipisahkan. Pengenalan peringkat sakit buah pinggang
serta ubatnya. Selain itu, dalam perkongsian ini juga, doctor ada menunjukkan
bagaimana biopsy buah pinggang dilakukan ke atas pesakit.
Kemudian sesi soal jawab. Pelbagai soalan yang ditanya telah
direspon dengan baik oleh setiap doctor seperti Dr. Wong, Dr. Rachel dan Dr. Eleen
Chong.
Pukul 12.00 macam tu, aktiviti berhenti sekejap untuk makan
tengahari. Menu makan tengahri tauhu jepun, ikan sweet & sour serta ayam masak bijan dan buah tembikai sebagai pencuci mulut.
Pukul 1.00 tengahari, bermulanya Mesyuarat AGM kali ke-empat. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan aktiviti tahunan dan laporan kewangan yang telah dibuat sepanjang tahun 2015 dan 2016. Selesai pembentangan laporan, sesi pembubaran dan lantikan AJK baru dibuat bagi sesi 2017 dan 2019. Aku menjadi salah seorang Committee Members bagi sesi 2017-2019. Semoga dapat menyumbangkan tenaga dan sumbangan terhadap persatuan SLE Sabah Chapter.
Menu tengahari yang menyelerakan...

Office Bearers, Medical Advisor & Commitee Members for
2017-2019 term.
Aktiviti seterusnya ialah Share dan Care Session. Setiap pesakit
dan member pesakit akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan
akan diletakkan seorang doctor untuk berkongsi atau menjawab persoalan yang
dikemukan oleh setiap pesakit SLE mahupun keluarga pesakit. Setiap orang, mempunyai
cerita SLE yang sendiri. Ada yang sudah hidup berbelas tahun dengan penyakit SLE
dan masih survive dengan sihat. Yang penting sentiasa berusaha menjaga
kesihatan, patuh jadual pemakanan ubat dan temujanji. Dan sebagai seorang
muslim, setelah berusaha kita hendaklah bertawakal kepada Allah.
Sesi perkongsian.
Sesi perkongsian.
Pukul 3 petang macam tu minum petang disediakan. Menu mee goreng dan pisang goreng. Sebelum berakhir
sesi bergambar telah dibuat.
Terima kasih kepada semua AJK Persatua SLE Sabah Chapter yang memang sporting dan supportive. Insha-allah, jumpa lagi pada masa akan datang.
Kredit to: Facebook Persatuan SLE Sabah Chapter.
Terima kasih kepada semua AJK Persatua SLE Sabah Chapter yang memang sporting dan supportive. Insha-allah, jumpa lagi pada masa akan datang.
Commitee members with Dr. Rachel.
Keluarga besar Persatuan SLE Sabah Chapter.
Kredit to: Facebook Persatuan SLE Sabah Chapter.
Comments
Post a Comment