~Ramadhan dan ulangtahun~
Bismillah…
Alhamdulilah..
Segala puji
bagi Allah Tuhan sekalian alam…
Pada tahun
ini aku sempat berpuasa bersama keluarga tersayang.
Marhaban ya ramadhan.
Semoga perjalanan
ramadhan kali ini dipermudahkan…
marhaban ya ramadhan
Bila ingat kembali tahun lepas, aku berjuang di hospital
sebab keadaan kesihatan yang betul2 tidak baik.. Pada waktu puasa lepas, suami
yang banyak menghabiskan masa menjaga aku dihospital terutama ketika cuti
sekolah… sahur dan berbuka semuanya di hospital.. Ingat lagi, suami akan turun
awal ke kantin hospital untuk tapau makanan. Macam tu juga dengan berbuka…bila
keadaan aku mulai beransur baik, kadang2 aku akan ikut turun ke bawah untuk
cari makanan… Tapi terpaksa memakai topeng muka memandangkan masa tu rash naik
di muka… Malu…
Harapanku, semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2
sebelumnya…
Dan….Alhamdulillah ramadhan hari pertama kali ni juga jatuh
dengan ulang tahun perkahwinan kami yang ke lima tahun. 27 Mei 2012-27 Mei 2017.
Alhamdulillah...5 tahun sudah.
Tiada kata2 yang mampu
diucapkan selain memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas peluang dan rahmat
yang dilimpahkan ke atas rumah tangga kami… Syukur alhamdulillah…
Banyak suka dan duka yang telah ditempuhi sepanjang lima
tahun melayari alam rumah tangga… Bergaduh2 manja ada, tapi tidak
pernah lama, tidak pernah lebih sehari… Perkara normal bagi suami isteri,
sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Cuma, kami gaduh xlama,
pasti ada yang akan mengalah dan memujuk, baik aku mahupun suami… Melafazkan
perkataan maaf adalah ubat yang terbaik dalam sesuatu perhubungan... Disamping perbincangan dari hati ke hati... Insha-allah kita kan lebih memahami pasangan kita...
Aku dan suami bahagia dengan cara kami… Walaupun mungkin
tidak seperti pasangan yang lain kerana banyak masa dihabiskan di hospital,
dengan temujanji tetapi itu adalah percaturan Allah… berdating dengan cara begini kerana Allah… Jika dikenang…jika direnung
kembali… Sujud syukur kami suami isteri kerana masih diberikan peluang untuk
menikmati kehidupan sebagai suami isteri hingga ke hari ini… Syukur ya allah
kerana Engkau mengurniakan kami puteri solehah yang menjadi penghibur hati kami sekeluarga…
Suamiku…
Terima kasih
untuk segalanya..
Semoga Allah
sentiasa memberi kerahmatan dalam rumah tangga kita sebagai suami isteri…
Semoga rumah
tangga yang dibina sentiasa diberkati…
Semoga kita
sekeluarga hidup dalam keluarga sakinah, mawaddah warahmah.
Sayang abg
dan anak2 kita…
Meet abang again in jannah... Aamiin.
Comments
Post a Comment