Kasih Tak Bersyarat
Kasih sayang...
Satu perasaan yang sukar untuk ditafsir.
Kadang sukar untuk diselami.
Kadang terlalu sukar untuk difahami.
Tapi…
Kewujudannya dapat dirasa.
Rasa yang wujud dalam hati untuk ikhlas menyayangi.
Rasa yang wujud untuk sentiasa mencintai tanpa perlu mengharapkan
balasan.
kerana...
Kasih sayang tidak mempunyai syarat.
Rasa sayang yang disertai dengan rasa tanggungjawab.
Rasa yang perlu disertai dengan sikap ihsan.
Rasa yang kadang menolak rasa ego ketepi.
Kasih sayang banyak bentuknya..
Kasih sayang satu perasaan yang suci..
Semoga kasih sayang yang terbina sentiasa mekar dalam doa yang tidak pernah putus.
Ibu sayang Ainur.
Comments
Post a Comment