Posts

~Ramadhan dan ulangtahun~

Image
Bismillah… Alhamdulilah.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam… Pada tahun ini aku sempat berpuasa bersama keluarga tersayang. Marhaban ya ramadhan. Semoga perjalanan ramadhan kali ini dipermudahkan… marhaban ya ramadhan Bila ingat kembali tahun lepas, aku berjuang di hospital sebab keadaan kesihatan yang betul2 tidak baik.. Pada waktu puasa lepas, suami yang banyak menghabiskan masa menjaga aku dihospital terutama ketika cuti sekolah… sahur dan berbuka semuanya di hospital.. Ingat lagi, suami akan turun awal ke kantin hospital untuk tapau makanan. Macam tu juga dengan berbuka…bila keadaan aku mulai beransur baik, kadang2 aku akan ikut turun ke bawah untuk cari makanan… Tapi terpaksa memakai topeng muka memandangkan masa tu rash naik di muka… Malu… Harapanku, semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya… Dan….Alhamdulillah ramadhan hari pertama kali ni juga jatuh dengan ulang tahun perkahwinan kami yang ke lima tahun. 27 Mei 2012-27 Mei 2...

Selamat Hari Guru

Image
Alhamdulillah..segala pujia bagi Allah… Tahun ni merupakan tahun ke-6 aku meraikan sambutan hari guru. Cuma tahun ni di sekolah berlainan… Perjalanan yang masih jauh lagi, moga Allah membantu dalam setiap langkahku untuk menjadi seorang pendidik. Selamat Hari Guru… Aku meraikan sambutan hari guru: 1.    SK. Bolong(1994-1999) 2. SMK Badin (2000-2003) 3. MRSM Kinarut (2004-2005) 4. Kolej Matrikulasi Labuan (2006-2007) 5. UTHM Johor (2008-2011) Aku diraikan sebagai seorang guru: 1.    SMK Kudat (2012-2016) 2. SMK Badin (2016-sekarang) Tugas menjadi seorang guru tidak akan pernah berhenti. Jiwanya harus sentiasa kental dan sabar dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar dalam pelbagai aspek. Semoga setiap urusanku dipermudahkan Allah.. aamiin.

AGM SLE Sabah Chapter 2017

Image
Bismillah... Hari Sabtu bersamaan dengan 22 April 2017, aku dan suami berkesempatan mengikuti AGM SLE yang bertempat di Venition, Penampang Kota Kinabalu. Kami sampai dekat pukul 11.00 pagi. Cuaca masa ni hujan, masa macam AGM SLE 2 tahun lepas. Bermula dengan aktiviti pendaftaran. Pendaftaran untuk setiap pesakit adalah percuma, manakala untuk teman atau saudara pesakit akan dikenakan yuran rm25. Setiap peserta akan mendapat goodies dari Persatuan SLE. TQ Persatuan SLE Sabah Chapter. Aktiviti pertama bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden SLE Sabah Chapter, Dr. Rachel Joshua. Dr. Rachel merupakan doctor pakar bahagian Reumatologi Hospital Queen Elizabeth,Kota Kinabalu. Tetapi, sekarang Dr. Rachel sudah berpindah ke Johor. Dr. Rachel dan Dr. Wong. Lepas tu, satu sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr. Wong Koh Wei, Konsultan Nephrologist,   Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Banyak input berguna yang telah diberikan oleh doctor tentang ...

AGM SLE

Image
Bismillah... Insha allah esok ada meeting AGM SLE. Semoga dipermudahkan..

~Warkah buat dirimu~

Image
Terkejut ketika mendengar perkhabaran dari dirimu… Sungguh aku tidak sangka… Allah… Hebatnya ujian buat dirimu... Ujian yang begitu BERAT dan SUKAR untuk diterima bagi seorang yang bergelar wanita... Ujian yang sangat sukar untuk dihadapi, apatah lagi untuk dilalui bagi seorang ISTERI dan IBU. Allah… Memang BUKAN mudah untuk DITERIMA… Tapi… BUKAN mudah untuk DIBUANG.. 15 TAHUN bukan satu masa yang PENDEK… Banyak sudah rasa yang telah DIKONGSI.. Susah, senang bersama… Ada usaha yang telah dibina bersama... Dari ZERO kepada adanya NAMA.. Tapi mudahnya manusia untuk BERUBAH… ALPANYA manusia dengan segala PINJAMAN duniawi. Allah… Semoga Engkau beri kekuatan kepada dia.. Dia yang banyak membantu diriku... Baik ketika aku senang dan ketika aku susah.. Banyak budi yang sukar untuk dibalas.. Begitu juga dengan keluargaku.     Allah… Hanya Engkau yang mampu menunjukkan jalan yang terbaik buat dirinya.. Dikala hatinya buntu.. ...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.. Kadang-kadang sakit kepala yang berterusan dan sakitnya LUAR BIASA perlu diberi perhatian. Terutama sakit kepala yang disertai dengan demam yang susah untuk kebah. Macam aku dulu, mula2 kena serang dengan penyakit ni, ingatkan cuma sakit kepala biasa. Tapi bila makan ubat tahan sakit tidak reda juga. Entri kali ni ntuk rujukan dan perkongsian sebagai seorang pesakit yang pernah berhadapan dengan penyakit ni. Apa itu Cryptococcal Meningitis? Meningitis adalah peradangan pada membran (meninges) disekitar otak dan tulang belakang, biasanya infeksi penyakit ini menyebar. Pembengkakan yang terkait dengan meningitis sering memicu tanda dan gejala dari kondisi ini, antara lain sakit kepala, demam dan leher kaku pada siapapun yang berusia 2 tahun ke atas. S umber Kuman ini biasanya terdapat atau berada dalam tanah. Kuman ni biasanya masuk ke dalam tubuh kita semasa kita menghirup udara atau debu a...

~Mencari Keaiban Diri~

Image
Dari sebuah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ”Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota manusia itu akan rosak. Itulah dia hati.” Sabda Rasulullah s.a.w: Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya, “wahai Rasulullah bagaimana membersihkannya?” Rasulullah menjawab…membaca al-Quran dan meningati mati. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini sebab kita bukan nabi yang terpelihara dari sifat tercela.Tapi itu bukannya alasan untuk kita tidak berusaha untuk memperbaiki diri dan amalan kita. Semuanya datang dari hati yang ikhlas ingin berubah atau tidak.  Salah satu cara adalah dengan menginsafi kelemahan ataupun keaiban yang ada pada diri. Bagaimana hendak kita mengenal kecelaan diri sendiri? Sesungguhnya, apabila Allah berkehendak kebaikan pada hamba-Nya, maka akan diperlihatkan-Nya kekurangan dan kecelaan diri hamba-Nya. K...