Posts

Showing posts from July, 2012

Anugerah dan ujian

Image
~Bismillah~ Alhamdulillah, hari ni 27 Julai 2012 genap 2 bulan usia pernikahanku. Walaupun usia perkahwinanku baru mencecah 2 bulan, tapi banyak juga suka dan duka yang telah aku kongsi bersama dengan suami. Sesungguhnya suka dan duka, anugerah dan ujian adalah tarbiyyah daripada Allah SWT untuk menguji setiap hamba-Nya. Berpuasa pertama kali sebagai isteri orang adalah anugerah buat diri ini. Walaupun agak kekok menyediakan makanan buat suami tersayang khususnya waktu sahur, tapi aku usahakan juga berbekalkan perencah bismillah dan tawakal kepada Allah. Syukur Alhamdulillah, walaupun tidak sesedap yang diharapkan, tapi suami bijak mengambil hati dan makan dengan berselera. Syukur ya Allah di atas anugerahMU. 10 Julai 2012 aku disahkan mengandung melalui ujian air kencing yang aku buat di salah sebuah klink swasta di daerah ini sebab waktu uzurku sudah lambat seminggu dari waktu uzur yang sepatutnya. Aku dan suami begitu gembira dan teruja walaupun tidak menyanggka sece

Ihya Ramadhan

Image
~Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Pengasih~ Salam ramadhan.. Ihya Ramadhan...Alhamdulillah bulan yang mulia bulan ramadhan al-mubarak datang menyapa kita lagi. Segala syukur buat Dia yang masih memanjangkan umur kita untuk masih berada di bulan ramadhan pada tahun ini, syukur ya Allah di atas segala nikmatMu yang tidak terhitung kepada diri ini.  Hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa dan baru hari ni aku dapat membuka diari maya ni. Apa-apa pun aku nak ucapkan "Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak 1433". Semoga ramadhan tahun in lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum ini. =). Sama-sama kita mengajar ganjaran pahala pada bulan ini.  Sabda Rasulullah saw.: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan. Kejarlah pahala sebanyak mana yang kita boleh buat ya, kuatkan iman dalam mempertingkatkan segala amalan-amalan sunat pada bulan ini, biar sedikit yang penting konsi

~Kehidupan 3~

Image
~Bismillah~ Genap seminggu akhirnya aku menulis lagi. Dalam seminggu ni banyak yang aku telah lewati.. ~Flashback~ 6 Julai 2012 aku dan suami balik ke rumah di Tuaran. Lepas kelas, balik kerumah dan siapkan RPH untuk hari Isnin minggu depan untuk dihantar sebelum balik ke Tuaran. Bergerak sebelum pukul 9 malam dan alhamdulillah sampai di Tuaran pada pukul 11 lebih. Perjalanan yang agak meletihkan tapi perjalanan tidak terasa begitu jauh sebab sepanjang perjalanan aku temankan suami tersayang bersembang supaya suami tidak rasa mengantuk semasa memandu. Kalau dulu2, masa naik kereta sewa atau bapa datang ambil, aku tidur memanjang ja ni, tapi sekarang semuanya sudah berubah. =) Lagipun perasaan balik ke rumah adalah satu perasaan yang sangat mengembirakan. Rindu mama, rindu bapa, rindu anak-anak buah, rindu semuanya. ~`_~. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan..  Anak buah.. Wafiy si pembuli, kodi si ayu =) Caca...the King of Bully.. =p Tengo wafiy sempat lagi

~PBS~

Image
Bismillah... Kelmarin 4 Julai 2012 Hari ni 5 Julai 2012.. Esok 6 Julai 2012 =) Sejak kelmarin hujan turun dengan lebatnya, bermula petang sampai tengah malam. Hari ni pun masih hujan lagi.. Insya-allah hujan itu adalah sebahagian daripada rahmat Allah kan.. Yang penting bagaimana kita memandang sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ni. Hujan adalah rahmat Allah " Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, kami halakan dia ke negeri yang mati (daerah yang kering-kontang), lalu Kami turunkan hujan dangan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."  (al-A`raaf: 57) . Semalam masa nak pergi beli makanan aku dan suami kena hujan, hari ni bada

~kehidupan 2~

Image
Bismillah.. Dengan nama Allah.. Aku menulis lagi.. Minggu lepas adalah minggu perkhemahan Unit Beruniform sekolah ni dari 29 Jun-1 Julai. Semua guru-guru terlibat. Dalam perkhemahan ni aku memegang portfolio sebagai Biro Makanan, tidak perlu tinggal di sekolah cuma aku dan suami kerap ulang-alik ke sekolah.. Tugas ni tidaklah penat pun sebab yang masaknya adalah AJK tingkatan 6, jadi kami yang Biro Makanan ni just pantau pergerakan mereka.  Minggu lepas juga adalah Pesta Kelapa 2012 daerah Kudat ni. Pesta kelapa ni adalah pesta tahunan bagi daerah Kudat ni. Pelbagai acara yang telah diadakan.  kelapa adalah tanda mercu bagi daerah Kudat Ini adalah pertama kali aku tengo sendiri pesta ni sebab ini adalah tahun pertama aku di sini.=) Cuma aku tidaklah berpeluang menikmati pesta kelapa ni sepenuhnya sebab aku dan suami agak busy, jadi kami cuma pergi malam pertama Pesta Kelapa sahaja. Tu pun just tengo kat gerai-gerai kejap, lepas tu pergi makan, lepas tu pergi sekolah. Tapi m