Ihya Ramadhan
~Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Pengasih~
Salam ramadhan..
Ihya Ramadhan...Alhamdulillah bulan yang mulia bulan ramadhan al-mubarak datang menyapa kita lagi. Segala syukur buat Dia yang masih memanjangkan umur kita untuk masih berada di bulan ramadhan pada tahun ini, syukur ya Allah di atas segala nikmatMu yang tidak terhitung kepada diri ini.
Hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa dan baru hari ni aku dapat membuka diari maya ni. Apa-apa pun aku nak ucapkan "Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak 1433". Semoga ramadhan tahun in lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum ini. =). Sama-sama kita mengajar ganjaran pahala pada bulan ini. Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.
Kejarlah pahala sebanyak mana yang kita boleh buat ya, kuatkan iman dalam mempertingkatkan segala amalan-amalan sunat pada bulan ini, biar sedikit yang penting konsisten sebab segala amalan kita akan dihitung oleh Allah SWT. Contohnya bertaddarus al-Quran, kalau ada kesempatan, ikutlah dimana-mana kumpulan taddarus al-Quran di surau ataupun masjid untuk mengisi makanan rohani pada bulan yang penuh berkat ini. Macam kat sekolah aku juga, panitia Pendidikan Islam melancarkan satu guru satu juzuk sempena ramadhan ni.
Insya-allah sama-samalah kita mencari redha Allah dan keberkatan Allah dalam mulia ini. Muhasabah buat diriku, lakukanlah amalan ibadah pada bulan ramadhan ini seolah-olah ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir buat diri kita, ramadhan tahun depan adalah sesuatu perkara yang belum pasti..
~Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan~
Comments
Post a Comment