Anugerah dan ujian
~Bismillah~
Alhamdulillah, hari ni 27 Julai 2012 genap 2 bulan usia pernikahanku. Walaupun usia perkahwinanku baru mencecah 2 bulan, tapi banyak
juga suka dan duka yang telah aku kongsi bersama dengan suami. Sesungguhnya suka
dan duka, anugerah dan ujian adalah tarbiyyah daripada Allah SWT untuk menguji
setiap hamba-Nya.
Berpuasa pertama kali sebagai isteri orang adalah anugerah
buat diri ini. Walaupun agak kekok menyediakan makanan buat suami tersayang
khususnya waktu sahur, tapi aku usahakan juga berbekalkan perencah bismillah
dan tawakal kepada Allah. Syukur Alhamdulillah, walaupun tidak sesedap yang
diharapkan, tapi suami bijak mengambil hati dan makan dengan berselera. Syukur ya
Allah di atas anugerahMU.
10 Julai 2012 aku disahkan mengandung melalui ujian air
kencing yang aku buat di salah sebuah klink swasta di daerah ini sebab waktu
uzurku sudah lambat seminggu dari waktu uzur yang sepatutnya. Aku dan suami
begitu gembira dan teruja walaupun tidak menyanggka secepat ini, tapi kami tetap
terima dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran di atas rezeki Allah yang tidak
ternilai ini. Syukur ya Allah.
26 Julai 2012 aku mengalami sedikit pendarahan. Bimbang juga
sebab tak pernah mengalami keadaan macam ni, aku call rumah tanya mama, aku
call akak ipar untuk minta pendapat dan aku call suami. Kesian kat suami
gara-gara aku panic, dia terpaksa balik rumah dan tinggalkan kelas sekejap dan
minta kawan dia jaga kejap. Nasihat akak ipar, kalau berterusan baik pergi ke
hospital. Bermula pagi, lepas tu macam dah ok. Bincang dengan suami kalau masih
berterusan baru pergi hospital, kat sekolah, masa nak sembayang zohor, ada
sedikit pendarahan lagi, tapi aku sembayang juga, berdoa kepada Dia semoga
tiada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku. Petang tu sempat lagi pergi
bazaar dengan suami untuk beli juadah berbuka. Lepas berbuka tu, aku mengalami
sedikit lagi pendarahan. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, malam tu juga suami membawa aku ke hospital. Masa kat hospital,aku ingatkan jadi pesakit luar, tak
sangka pla terus kena suruh masuk dalam wad untuk berehat sebab bimbang lagi
banyak pendarahan berlaku. ~_~. Sabar ye wahai diri.
Masa kat hospital, air kencing kena ambil. Tekanan darah dan
beberapa soalan lazim yang ditanya kepadaku. Lama juga menunggu dan aku
disuspect PV spotting. Bimbang sangat masa ni, tapi syukur suami setia disisi
dan sentiasa bagi semangat. Teringat kata-kata suami, apa-apa pun yang berlaku,
kita kena bersedia terima ya sambil suami menggenggam erat tanganku.
Bila result air kencing keluar, doctor cakap aku masih
mengandung, alhmadulillah masih ada kegembiran buat diri kami. Untuk kepastian,
doctor buat scan, lama juga doctor nak cari, akhirnya doctor dapat juga trace,
ya Allah syukur Alhamdulillah doctor cakap embrio ni masih melekat di rahimku…
embrio ni masih kecil lagi, baru berusia 5 minggu 4 hari.. Ya Allah… dalam aku
bernyawa, ada satu nyawa lagi dalam rahimku.. subhanallah Maha Suci Allah. Insya-allah, 2 minggu kemudian, aku diminta untuk ke hospital lagi untuk scan
Ya Allah.. Tentukanlah kebaikan dalam setiap langkah kami.
Sebab pendarahan ni, aku dapat cuti selama seminggu, bermula
hari ni 27 julai sampai 2 Ogos. Tapi insya-allah kalau aku dah sihat sepenuhnya
dalam seminggu ni, aku pasti akan ke sekolah juga untuk mengajar anak-anak murid
yang selalu dirindui.
Sebelum aku mengundur diri, aku nak kongsi sikit tentang kejadian manusia menurut al-Quran bermula dari peringkat 1 hingga peringkat ke 3 sahaja dulu.
Peringkat 1
Nutfah:
iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya
bermula setelah berlakunya percampuran air mani
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " al-Insan : 2
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air
mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
Peringkat ke-2
ALAQAH :
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh .
Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah
yang bermaksud;
"
Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"al-Mukminun:14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda
yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa
maksud :sesuatu yang
bergantung atau melekat pacat atau
lintah suatu buku
atau ketulan darah. Peringkat
alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam
rahim.
Peringkat ke-3
MUDGHAH :
Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah
disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan
surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah
yang bermaksud
"lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"al-Mukminun
: 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran
darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Insya-allah, ada masa nanti aku akan cerita lagi tentang kejadian manusia menurut al-Quran sebagai perkongsian. Wallahu'alam.
Surah Ali’ Imran: 38
Comments
Post a Comment