~PBS~
Bismillah...
Kelmarin 4 Julai 2012
Hari ni 5 Julai 2012..
Esok 6 Julai 2012 =)
Sejak kelmarin hujan turun dengan lebatnya, bermula petang sampai tengah malam. Hari ni pun masih hujan lagi.. Insya-allah hujan itu adalah sebahagian daripada rahmat Allah kan.. Yang penting bagaimana kita memandang sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ni.
Kelmarin 4 Julai 2012
Hari ni 5 Julai 2012..
Esok 6 Julai 2012 =)
Sejak kelmarin hujan turun dengan lebatnya, bermula petang sampai tengah malam. Hari ni pun masih hujan lagi.. Insya-allah hujan itu adalah sebahagian daripada rahmat Allah kan.. Yang penting bagaimana kita memandang sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ni.
Hujan adalah rahmat Allah
"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, kami halakan dia ke negeri yang mati (daerah yang kering-kontang), lalu Kami turunkan hujan dangan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
(al-A`raaf: 57).
Semalam masa nak pergi beli makanan aku dan suami kena hujan, hari ni badan rasa kurang sihat pula. Macam nak demam ja, tapi sesungguhnya sakit itu pembersih dosa-dosa kecil kan.. Hmm.. .Entri kali ni aku bukan nak cerita tentang hujan mahupun tentang sakit, tapi tentang PBS. Apa agaknya PBS tu ya.. =]
Pagi ni aku telah menghadiri mesyuarat PBS atau nama penuhnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah di sekolah. Memandangkan aku terlibat dalam mengajar kelas tingkatan 1, maka aku pun kena joint dalam mesyuarat ni. Mesyuarat bermula dari pukul 8.30 sampai pukul 12, tapi aku masuk 8.50 sebab trafic jam. =p. Mesyuarat yang agak lama dan bilik yang sejuk membeku di tambah dengan sistem badan yang tidak menentu, membuatkan diri ni hampir terlelap, Z_Z. Syukurlah akak kat sebelah bawa bersembang, jadi aku tidaklaah 'terlebih faham' ketika taklimat diberikan. Huhu..
Sebagai perkongsian, PBS ni sebagai salah satu usaha yang berterusan yang dibuat oleh KPM untuk mengenalpasti pencapaian murid dalam UPSR dan PMR. Dalam PBS, penguasaan para murid dapat ditentukan dengan lebih bersistematik untuk setiap peringkat P & P berdasarkan setiap pentaksiran akan dinilai dan ditentukan oleh guru mata pelajaran yang terlibat. Cumanya aku sebagai guru baru terasa agak blurr sebab agak banyak proses yang perlu dibuat untuk menjayakan PBS ni ditambah lagi dengan pendebatan beberapa orang guru tentang PBS dalam mesyuarat tadi, terasa diri ini betul-betul tak tau apa-apa..=p.
Hmm..Nama pun guru baru, insya-allah aku kena berusaha untuk memenuhi kehendak guru pada masa kini.
PBS o0o pbs
Dalam PBS, terdapat 2 bentuk penilaian yang. Penilaiaan yang pertama adalah penilaian formatif dan penilaian yang kedua adalah penilaian sumatif. Dalam mesyuarat pagi tadi banyak lagi yang tergantung dan mesyuarat sesama guru mata pelajaran akan berlangsung dalam masa yang terdekat untuk mendapatkan keselarasan dalam instrumen PBS yang bakal dijalankan..
~Monologku sendirian...Semakin banyak aku belajar, semakin aku rasa tidak tahu apa-apa.. Ya Allah.. Bimbinglah diriku ini dalam setiap kebaikan.. Ya Allah.. Semoga pekerjaanku ini dapat mendekatkan diriku kepadaMu ya Allah~
Comments
Post a Comment