Posts

Showing posts from September, 2012

Pencerapan

Image
~Bismillah~ Hari ni aku ada pencerapan Guru Baharu. Subjek yang dicerap adalah Pendidikan Islam Tingkatan 1. Topik yang diserap adalah Ibadah: Khutbah Jumaat Kelas yang dicerap adalah kelas 1A5, kelas yang terakhir sekali. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pencerapan ni dibuat untuk melihat prestasi seorang guru dari semasa ke semasa. Semoga dengan pencerapan ni menjadi wasilah untuk aku lebih memperbaiki diri dalam aspek pengajaran di dalam kelas, insya-allah. Kuatkan semangat ya diri, semoga dapat buat dengan baik. =) Semoga Allah permudahkan segala urusanku ini. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Berikanlah aku kefahaman anbia dalam mengajar ilmuMU ya Allah, terangilah hati anak muridku untuk menerima ilmuMU ya Allah, lancarkanlah mata markerku untuk memberi nota kepada anak muridku ya Allah, lembutkanlah hati pencerapku ya Allah, tentukanlah kebaikan dalam setiap langkah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Me

Jagalah lidahmu

Image
~Bismillah~ Akhirnya cuti juga, walaupun cuma sehari memandangkan hari Sabtu merupakan hari persekolahan ganti. Hari ni aku nak berkongsi sesuatu. Teringat satu teka-teki yang diutarakan oleh Imam Ghazali kepada anak muridnya. “Apakah yang paling tajam di dunia ni” Anak muridnya ada yang menjawab pisau dan bermacam-macam lagi benda tajam yang lain. Tapi jawapannya adalah lidah. Ada apa dengan lidah? lidah dan mulut tidak dapat dipisahkan. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Melihat kepada realiti masyarakat pada hari ini, tidak perlu pandang jauh, sebagai seorang guru, individu yang paling dekat dengan diri kita adalah pelajar. Nilai-nilai murni para pelajar pada hari ini seakan-akan semakin hilang ditelan zaman, semuanya bermula dari kata-kata yang kurang sopan atau perkataan yang menunjukkan hilangnya hormat kepada guru, contohnya penggunaan ayat “ada aku kisah” bila ditegur atas sesuatu kesalahan. Macam mana pula dengan hubungan kita de

Salah R3fill

Image
Bismillah.. Baru hari dapat update diari ni... Ni pun curi2 isi memandangkan aku betul2 busy dengan kerja2 di sekolah. Fail PdP, fail guru baharu, fail PBS, fail guru kelas. Macam-macam ada.. =] Hmm...Nak dijadikan cerita, hari ni aku mengajar 3 kelas, kelas yang terakhir adalah Pendidikan Islam. Masuk 3.45 hingga 4.55. Pada awal PdP, semuanya berjalan seperti yang dirancang, tapi yang x bestnya semua marker pen dah nyawa2 ikan. Memandangkan ni kelas belakang, jadi aku kena tulis nota juga sebelum membuat penerangan. Masa tengah tulis nota, ink betul2 x boleh jalan dah, aku pergi tengo kot2 kalo ada refill lagi, ya ada..jadi dengan senang hatinya aku ambil ink refill yang ada dalam bekas pensil, dengan yakin aku gunting dan aku tuang masuk ke dalam marker. =) Yaa..bila aku cuba menulis selepas merefill (bahasa rojak), tulisan semakin jelas, jadi budak2 kat belakang pun boleh nampak. Bila dah siap buat nota, aku terang dan bagi contoh, lepas tu padam. Semuanya ok ja, tulis, p

Menghargai Sebelum Terlambat

Image
~Bismillah~ Hari ni 10 September 2012 Hari ni aku nak berkongsi sesuatu.. Entri ni untuk perkongsian bersama dan juga buat muhasabah diriku sendiri. Menghargai sebelum terlambat…Menghargai seseorang adalah perkara yang sangat subjektif sebab setiap individu punya cara yang tersendiri untuk menghargai seseorang. Ada yang menghargai dengan cara menunjukkan penghargaan dengan kata-kata tetapi ada juga yang suka menghargai dengan bentuk perbuatan dan mungkin juga ada yang suka menghargai tetapi agak sukar untuk diselami bentuk penghargaannya. Persoalannya, sejauh mana kita menghargai orang disekeliling kita? Keluarga kita? Kawan-kawan kita? Menghargai seseorang adakah perlukan waktu? Menghargai seseorang adakah perlu balasan? Menghargai seseorang adakah perlu sebab? Jawapannya tentu sekali tidak.. Menghargai seseorang kerana Allah pasti membuatkan kehidupan ini lebih bermakna. Hargailah seseorang sebaik yang kita mampu, selagi kita masih bernafas di bumi yang sementara

Alhamdulillah

Image
~Bismillah~ Hari ni 5 September 2012.. Alhamdulillah aku masih sempat untuk menulis dalam diari maya ini. Agak lama juga diari maya ini sepi tanpa entri.. Sibuk dengan urusan sekolah dan majlis persandingan yang baru berlangsung 1 September yang lepas. Apa2 pun syukur alhamdulillah sebab majlis ni dapat berlangsung dengan baik. Ni ada beberapa gambar untuk perkongsian. Doakan supaya hubungan yang terjalin ini sentiasa mekar dalam cahaya kasih sayang Ilahi. Amin ya Allah. YA Allah..Panjangkanlah jodohku dengan suamiku. Tentukanlah setiap kebaikan dalam langkah kami berdua. Murahkan rezeki kami, rezeki yang dalam keberkatan. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami sekeluarga. Amin Ya Allah.