Pencerapan



~Bismillah~




Hari ni aku ada pencerapan Guru Baharu.

Subjek yang dicerap adalah Pendidikan Islam Tingkatan 1.

Topik yang diserap adalah Ibadah: Khutbah Jumaat

Kelas yang dicerap adalah kelas 1A5, kelas yang terakhir sekali.

Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Pencerapan ni dibuat untuk melihat prestasi seorang guru dari semasa ke semasa.
Semoga dengan pencerapan ni menjadi wasilah untuk aku lebih memperbaiki diri dalam aspek pengajaran di dalam kelas, insya-allah. Kuatkan semangat ya diri, semoga dapat buat dengan baik. =)
Semoga Allah permudahkan segala urusanku ini.

Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Berikanlah aku kefahaman anbia dalam mengajar ilmuMU ya Allah, terangilah hati anak muridku untuk menerima ilmuMU ya Allah, lancarkanlah mata markerku untuk memberi nota kepada anak muridku ya Allah, lembutkanlah hati pencerapku ya Allah, tentukanlah kebaikan dalam setiap langkah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa  ya Allah, perkenankanlah doa hambaMu ya lemah ini. Amin Ya Allah


Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE