Menghargai Sebelum Terlambat


~Bismillah~
Hari ni 10 September 2012
Hari ni aku nak berkongsi sesuatu.. Entri ni untuk perkongsian bersama dan juga buat muhasabah diriku sendiri.



Menghargai sebelum terlambat…Menghargai seseorang adalah perkara yang sangat subjektif sebab setiap individu punya cara yang tersendiri untuk menghargai seseorang. Ada yang menghargai dengan cara menunjukkan penghargaan dengan kata-kata tetapi ada juga yang suka menghargai dengan bentuk perbuatan dan mungkin juga ada yang suka menghargai tetapi agak sukar untuk diselami bentuk penghargaannya. Persoalannya, sejauh mana kita menghargai orang disekeliling kita? Keluarga kita? Kawan-kawan kita?

Menghargai seseorang adakah perlukan waktu? Menghargai seseorang adakah perlu balasan? Menghargai seseorang adakah perlu sebab? Jawapannya tentu sekali tidak.. Menghargai seseorang kerana Allah pasti membuatkan kehidupan ini lebih bermakna. Hargailah seseorang sebaik yang kita mampu, selagi kita masih bernafas di bumi yang sementara ini. Rahsia Allah tiada siapa yang tahu, hari ni kita masih bersama tapi esok satu perkara yang belum pasti. Mana tahu, esok lusa kita sudah tiada di dunia ni, begitu juga dengan orang disekeliling kita, mungkin hari ni kita menjalani kehidupan bersama-sama, gelak tawa bersama, makan sama-sama, luang masa besama, tapi esok satu perkara yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya. Kita kena ingat, semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata, bila-bila masa sahaja Allah akan ambil tanpa perlu permit kebenaran dari kita.

Sebagai contoh, kehidupan anak dan ayah serta ibu. Selagi mana seorang anak itu mampu untuk menolong orang tuanya, memberikan bantuan, berilah semampu dan sedaya yang mungkin. Hargai orang tua kita, sebagaimana mereka membesarkan dan menjaga kita dari sebelum kita lahir sehinggalah kita sudah mencecah alam dewasa sekarang. Sesunggunhya orang tua kita tidak pernah mengadu dan meminta-minta untuk dihargai, tapi cukup kita mengetahui apa yang tersirat dihati orang tua kita. Nasihatku dan nasihat buat diri ni juga, bagi yang masih belajar, hargailah orang tua kita dengan menjadi anak yang baik, memberikaan keputusan yang baik di sekolah, tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah. Bagi yang sudah mempunyai kerja, hargailah orang tua kita dengan memberikan nafkah bulanan bagi meringankan beban mereka, jika kita tinggal berjauhan, rajinlah untuk menziarahi orang tua kita, pasti mereka akan rasa gembira. Hargai mereka sebelum terlambat dan insya-allah jika kita cukup menghargai dan menyayangi serta sentiasa mendoakan orang tua kita, pasti tidak ada rasa penyesalan di belakang hari. Betulkan?

Menghargai orang tua kita

Teringat satu artikel yang pernah dibaca ketika forum U I Love ketika di university dulu. Artikel ni mengisahkan tentang seorang isteri dan seorang suami. Satu hari, isterinya berjumpa dengan kawan-kawannya. Semua kawan-kawan menceritakan tentang kelebihan suami masing-masing yang suka memuji kelebihan isteri masing-masing. Suami yang seorang sering memuji kecantikan isterinya, yang seorang pula memuji kemerduan suara isterinya, yang seorang pula memuji cara jalan isterinya,macam-macam lagi ada. Tapi suami isteri yang seorang ni tidak pernah memuji isterinya. Terdetik dihatinya adakah suaminya tidak menghargai apa yang ada pada dirinya?. Bila si isteri balik kerumah, dia pun marah-marah suaminya dan mengadu ketidakpuasan hatinya, tapi si suami terdiam sahaja melihat telatah isterinya. Pada satu hari si isteri mengalami satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Si suami pun datang menziarahi isterinya, dengan linangan air mata, si suami memegang tangan isterinya yang koma dan mengatakan yang dia sangat sayangkan isterinya. Si suami menangis dan berkata kepada isterinya, andaikata abg cintakan sayang kerana kecantikan sayang, adakah sayang masih cantik sekarang? Andaikata abg cintakan sayang kerana suara sayang, adakah sayang boleh bercakap sekarang? Andaikata abg cintakan syg kerana cara jalanan sayang, adakah sayang boleh berjalan sekarang? Si suami sangat sayangkan isterinya, dia terlalu menghargai isterinya tanpa perlu sebab.

Sikap hargai menghargai perlu ada dalam hubungan suami isteri

Begitu juga dengan seorang guru dan pelajarnya. Macam mana nakal pun seorang pelajar, kita hendaklah berusaha untuk mendekati, menghargai dan sentiasa mendoakannya. Siapa tahu, sikap seorang guru yang sentiasa menghargai muridnya membuatkan hati pelajar tersebut lembut dan cuba untuk menjadi pelajar yang baik.

Insya-allah siapa pun kita, apa pun yang ada pada kita atau orang yang ada sekeliling kita, berusahalah untuk menghargainya. Hidup ni terlalu indah jika semuanya kerana DIA. Just perkongsian. =)

Rasulullah SAW bersabda:
“sesungguhnya Allah itu indah (cantik) dan menyukai keindahan (yang cantik)"
"Takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”
Hadis sahih riwayat muslim.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE