Ayat Seribu Dinar


~Bismillah~

Dengan nama Allah aku menulis lagi.Kali ni aku nak kongsikan satu doa @ ayat, iaitu ayat seribu dinar.Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Ayat ni dikenali sebagai ayat pemurah rezeki. 

  

Baca..faham dan amalkan

Disini aku nak kongsikan sedikit tentang ayat seribu dinar ni berdasarkan kepada buku "Doa serta wirid , kaifiat dan fadhilat." 

Keterangan:

Salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya, seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata: “beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepad fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta-minta”.


Disebabkan mimpi ini berulang kali dialaminya, maka hartawan tersebut melaksanakan apa yang telah dimimpikannya iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar. 


Pada suau malam dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi kepadanya dan mengajarnya beberapa kalimat ayat-ayat al-quran (ayat seribu dinar) dianjurkan kepada sihartawan tersebut agar membaca dan mengamalkannya pada waktu pagi dan petang maka Allah akan melepaskan dari bahaya yang akan menimpa diri. 


Setelah hartawan itu bangun dari tidurnya ia memikirkan dengan penuh perhatian apa yang ia dapati dalam mimpinya seolah-olah ada hubungan dengan mimpinya yang terdahulu. Maka dengan tidak ragu2 dibacanya da diamalkannya kerana kalimat-kalimat itu adalah ayat2 al-quran yang tidak diragukan kebaikkannya. 


Tidak lama kemudian hartawan tersebut berada dalam suatu perjalanan melalui laut, menumpang sebuah kapal layar membawa barang dagangan. Setelah kapal itu berada ditengah2 lautan yang luas, bertiuplah angin yang kencang, gelombang semakin besar dan kapal mula terumbang-ambing. Penumpang berada dalam keadaan cemas dan takut, hari mulai malam, hujan turun dengan lebatnya, tetapi si hartawan tetap tenang mengharap pertolongan Allah SWT sambil membaca ayat2 yang telah dipelajarinya dalam mimpi. Kapal terhempas diatas sebuah batu karang dan akhirnya berpecah. Disaat itu, semua penumpang berada dalam keadaan kelam kabut dan kapal telah dipenuhi dengan air dan tidak dapat diselamatkan lagi. 


Tetapi anehnya si hartawaan yang mengamalkannya ayat-ayat tersebut telah terdampar ditepi pantai bersama barang dagangannya. Demikianlah khasiat ayat yang didapatinya dalam mimpi kerana dia beramal sebanyak seribu dinar lalu ayat2 itu dikenali dengan ayat seribu dinar. 


Kesimpulannya, bertakwalah kepada Allah. Jangan sombong untuk memohon dan berdoa kepada Allah SWT dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Dalam kita berdoa, jangan lupa untuk memahami maksud2 doa tersebut untuk lebih dihayati. Selain itu juga, sekiranya kita mempunyai kemampuan, bersedekahlah kepada orang lain terutamanya kepada golongan yang lebih memerlukan. Semoga apa yang dimanfaatkan menjadi kebaikan buat diri kita pada masa hadapan.  Sesungguhnya bilamana kita bersedekah, harta kita tidak akan berkurangan. Rasulullah bersabda:

 "Tidak akan berkurangan harta orang yang bersedekah"





Comments

  1. salam nak tanya cam ne nak ambk lagu simpan kat blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE