.:Cuti sekolah:.

~Bismillah~

Aku menulis lagi..

minggu ni cuti sekolah sudah bermula.
Pasti para pelajar gembira dengan cuti sekolah ni.
Hmm guru2 pun macam tu juga, pasti gembira.. =p


Selamat bercuti semua

Cuti sekolah ni banyak benda aku nak buat.

Minggu ni ja aku nak update semua kerja sekolah.
Nak siapkan fail yang bertangguh, semoga ada kelapangan dari-Nya, insya-allah.

Untuk cuti ni juga suami tersayang nak aku belajar memandu, dibawah penyeliaan cik suami. 

En. suami kata aku perlu belajar juga, x boleh bagi lama sangat x memandu..
Lagi2 tempoh percubaan P @ 'Penakut' dah habis. =p
Huhu, bila nak difikirkan betul juga kata En. suami..

Nak dijadikan cerita, hari ni En. suami ajak aku p belajar memandu, cadangnya nak p pantai Bak2, tapi, sebab dah lambat jadi kami p kawasan masjid yang ada jalan lurus dan sedikit simpang. Nak biasakan diri untuk tukar2 gear dulu. Bergetar juga kaki sebab dah lama tinggalkan. huhu.


Tapi syukur En. suami memahami, dia xdalah nak push, marah2 ataupun menggunakan kekerasan, cara yang digunakan oleh En. suami cukup berhikmah untuk diterima oleh pemandu beginner macam aku.. Mungkin kerana naluri seorang abg sulung yang memang menebal dalam dirinya.. syukur ya Allah di atas anugerahMu kepada diriku yang lemah ini. Sesungguhnya, kalau aku hitung setiap nikmatMu, pasti aku x mampu untuk menghitung-Nya.


Mula2 En. suami berhentikan kereta kat kawasan tinggi sedikit. Dalam hati aku memang dah ketar, tapi aku berusaha juga.. dan hasilnya....kereta terundur ke belakang, ish2.. =]. Tapi lepas tu aku berjaya juga. Yang penting ingat nasihat suami nak buat imbangan clutch dan minyak, hihihi.. Lepas tu jalan2 sikit, tukar2 gear, aku x mahir lagi, asal nak tukar gear ja mata automatik tengo kat gear, bahaya2.. Syukur x terbabas.. hihi. Xpalah, mungkin mula2 ni ja aku kurang mahir lagi, bila dah selalu latihan pasti  mahir juga ni, insya-allah.


Lepas belajar memandu, kami p makan dekat esplanade, Star Tamyam @ restoran terapung sempat juga tengo matahari. Subhanallah memang cantik, jarang2 keluar masa petang dengan En. suami melainkan hujung minggu atau cuti sekolah ja dapat luang masa waktu petang macam ni sama2.







Bila agaknya isteri aku ni boleh bawa kereta.. =p

Sempat lagi sementara menunggu makanan sampai =)

Last sekali kami pun makan malam. Menu suami nasi goreng daging masak merah + laici bandung, aku pula kuetew sefood dan air kelapa susu. Makanan kat sini memang sedap + puas hati.


Alhamdulillah di atas rezeki dari-Nya.


Insya-allah esok pagi nak turun sekolah, update PBS budak. =)
Selamat bercuti.. =]


~Hidup ini indah jika semuanya kerana Dia~

Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE