~ALLAH SEGALANYA~


Apabila semuanya serba tidak kena, dan kamu tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah, kamu masih boleh bersandar kepada DIA Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari DIA Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA yang tidak pernah melukakan hatimu. DIA Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana DIA Maha Melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh dan perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila semua orang disekelilingi tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana DIA Maha Mendengar.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada DIA Yang Satu.

Dan apabila parut dilukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama orang yang sabar.


Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE