Posts

Showing posts from August, 2013

Out Reach

Image
Bismillah Pada 28 Ogos yang lalu, iaitu bersamaan dengan hari Rabu aku dan guru2 petang yang lain telah pergi ke rumah2 pelajar yang kerap sangat tidak hadir kesekolah @ program out reach. Program kali ni bersama-sama dengan Cikgu Nazifah, Cikgu Aruna, Cikgu Sylviana, Cikgu Rujanah dan ditemani dengan 3 orang guru lelaki iaitu Cikgu Hamidi, Cikgu Tai dan Cikgu Fabian. Masa sampai di Landung Ayang Program ni bertujuan untuk mengetahui masalah pelajar dan mendapatkan kepastian sama ada pelajar ni masih ingin bersekolah atau tidak kalau sudah tidak mahu ke sekolah, ibu bapa kenalah ikut prosedur yang betul. Bukan membiarkan sahaja macam tu kan?   Kami berjalan pada pukul 10 pagi dengan menaiki van sekolah. Ada 2 destinasi yang ingin dituju. Pertama di Landung Ayang dan yang kedua di Kg. Perpaduan. Pengalaman pertama kali mencari rumah budak bukanlah satu pekara yang mudah, perlu banyak bertanya agar tidak tersesat nanti. Teringat ingat lagi masa tengah cari rumah

Bercintalah..

Image
Bismillah.. Malam ni tiba2 pula ada mood nak menulis. Ehee. =p Suami tersayang sibuk minggu ni, minggu lepas bawa budak tingkatan 6 untuk pertandingan bola tampar peringkat bahagian di Kota Belud. Hari ni pula suami jalan pergi Kota Kinabalu untuk bahagian negeri sebab hari tu team dorang menang. Insya-allah hari selasa baru balik Kudat. Bila tinggal seorang2, memang rasa rindul tu lebih, sebab kami tinggal berdua sahaja, masa banyak dikongsi bersama. Jadi bila suami ada urusan luar terasa bebenar rumah ni sunyi. Masa nilah aku banyak muhasabah diri.. =( Memo dari suami yang diletak di meja sebelum bertolak  ke Kota Belud  Tidak lama lagi usia perkahwinan kami mencecah setahun 3 bulan. Walaupun pada angkanya seperti sudah lama, tapi bagi kami itu adalah kehidupan bersama yang masih baru. Kami masih dalam fasa membina syurga dunia kami, ada waktunya kehidupan ini berjalan seperti biasa, dan ada masanya kami perlu bertatih bersama.  Proses berkenalan dikalangan

Hak..

Image
Bismillah Segala puji hanya bagi Allah sekalian alam. Hari ni aku nak kongsi sesuatu  buat peringatan bersama. Walaupun sedkit, semoga ada manfaatnya, insya-allah. Bermula dengan satu peristiwa masa bulan ramadhan lepas. Aku dan suami pergilah ke sebuah restoran untuk berbuka puasa.  Kami pergi dalam pukul 5.40 petang selepas selesai membeli persiapan raya. Kami antara orang yang awal datang ke sana. Macam biasa menu diambil dan pekerja tu memaklumkan makanan akan dihidangkan pada pukul 6.00 atau 6.15 macam tu. Sementara menunggu waktu berbuka, semakin ramai orang yang datang. Masa terus berlalu dan orang yang sampai lambat dari kami sudah mulai dapat makanan masing2. Walaupun sedikit pelik disitu, tapi suami kata xpa, x lama lagi sampailah tu. Dari pukul 6.15, 6.20 dan 6.25 makanan kami masih x sampai pagi. Buah kurma dan air merah untuk berbuka sudah disediakan, tapi makanan dan minuman yang di pesan x sampai2 lagi. Hati dah mula sedikit panas ni =]

~Aidilfitri~

Image
Bismillah.. Baru sempat update blog pada hari ini. Banyak yang ingin dikongsi, tapi semuanya tersimpan dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berjumpa dengan bulan syawal 1434H @ tahun 2013. Alhamdulillah raya tahun ni dapat beraya di rumah sewa baru. Baru masuk rumah sewa bulan ramadhan yang lepas. =) Alhamdulillah berusaha bersama suami tersayang untuk melengkapkan bahtera rumah tangga kami. =) Tidak ingin menulis banyak, sebab esok sudah kembali ke sekolah. Apa2pun, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan: Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada saudara-mara , sahabat handai dan siapa sahaja yang kenal dengan diriku ini baik yang sengaja atau yang mungkin secara tidak sengaja singgah di blog ini. =) Semoga syawal ini sentiasa dipenuhi dengan perasaan syukur kepada Ilahi di atas setiap nikmat kurniaan yang tidak pernah putus dari-Nya. Ingatlah..di saat kita gembi