~Aidilfitri~
Bismillah..
Baru sempat update blog pada hari ini.
Banyak yang ingin dikongsi, tapi semuanya tersimpan dan akhirnya berlalu begitu sahaja.
Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berjumpa dengan bulan syawal 1434H @ tahun 2013.
Alhamdulillah raya tahun ni dapat beraya di rumah sewa baru.
Baru masuk rumah sewa bulan ramadhan yang lepas. =)
Alhamdulillah berusaha bersama suami tersayang untuk melengkapkan bahtera rumah tangga kami. =)
Tidak ingin menulis banyak, sebab esok sudah kembali ke sekolah.
Apa2pun, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan:

- Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat..
- Mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada saudara-mara , sahabat handai dan siapa sahaja yang kenal dengan diriku ini baik yang sengaja atau yang mungkin secara tidak sengaja singgah di blog ini. =)
- Semoga syawal ini sentiasa dipenuhi dengan perasaan syukur kepada Ilahi di atas setiap nikmat kurniaan yang tidak pernah putus dari-Nya. Ingatlah..di saat kita gembira bersama keluarga tersayang, masih ada keluarga seagama kita yang berjuang untuk meneruskan hidup.
Alhamdulillah.. Semoga raya adilfitri yang akan datang kami sentiasa bersama sebagai pasangan suami isteri yang Engkau redhai ya Allah, Amin.
P/s: Seperti tahun lepas, tahun ni juga kami tidak merancang tema raya. Cuma tahun ni dapatlah beli baju raya di KK. Pergi kedai cari baju suami dulu, mana yang suami berkenan baru beli, lepas tu baru cari baju untuk isteri dengan mengikut warna baju suami. Lagi mudah macam tu kerana baju perempuan lagi banyak pilihan berbanding baju lelaki. Akhirnya tema raya kami adalah warna silver =).
wau..cantik bh baju raya warna SILVER..
ReplyDeleteI;like that hehehe..
pakai baju warna apa pun memang cantik punya.