Out Reach
Bismillah
Pada 28 Ogos yang lalu, iaitu bersamaan dengan hari Rabu aku dan guru2 petang yang
lain telah pergi ke rumah2 pelajar yang kerap sangat tidak hadir kesekolah @ program
out reach. Program kali ni bersama-sama dengan Cikgu Nazifah, Cikgu Aruna,
Cikgu Sylviana, Cikgu Rujanah dan ditemani dengan 3 orang guru lelaki iaitu Cikgu Hamidi,
Cikgu Tai dan Cikgu Fabian.
Masa sampai di Landung Ayang
Program ni bertujuan untuk mengetahui masalah pelajar dan
mendapatkan kepastian sama ada pelajar ni masih ingin bersekolah atau tidak
kalau sudah tidak mahu ke sekolah, ibu bapa kenalah ikut prosedur yang betul. Bukan
membiarkan sahaja macam tu kan?
Kami berjalan pada pukul 10 pagi dengan menaiki van sekolah.
Ada 2 destinasi yang ingin dituju. Pertama di Landung Ayang dan yang kedua di
Kg. Perpaduan.
Pengalaman pertama kali mencari rumah budak bukanlah satu
pekara yang mudah, perlu banyak bertanya agar tidak tersesat nanti. Teringat ingat
lagi masa tengah cari rumah seorag pelajar, kak Nazifah entah macam mana boleh
tersalah langkah dan hampir terjatuh. Tapi syukur, terselamat. Hanya seluar dan
kasut ja yang kotor. Kalau jatuh, confirm jatuh dalam lopak. =]
Bertanya agar tidak tersesat
Kak Nazifah yang lemah sebab baru ja tersalah langkah
ehee. =]
Kak Rujanah mendapatkan kepastian dari pelajar
Berbicara dari hati ke hati untuk mengetahui masalah pelajar
Kesimpulan daripada program out reach ni banyak masalah ketidakhadiran datang dari diri dan keluarga pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, ada seorang pelajar tu setiap hari pakai baju, keluar dan balik macam pelajar yang lain, tapi bezanya pelajar tersebut tidak sampai ke sekolah. Persoalannya, dia kemana? ehee.
Dalam situasi yang lain pula, seorang pelajar ni sudah kehilangan ibu dan bapanya bekerja jauh. Jadi segala kebajikannya dijaga oleh neneknya yang sudah tua. Jadi perkara tersebut membataskannya untuk pergi ke sekolah. Ditambah lagi dengan jarak rumah ke sekolah memang agak jauh dan kebanyakan pelajar ini berjalan kaki, iaitu dalam anggaran 30 minit untuk sampai ke sekolah.
Nasihatku buat dirimu yang bergelar pelajar, tugas seorang pelajar memang bukan mudah. Tapi sekiranya ada kesempatan, hargailah masa untuk pergi sekolah. Hargai masa yang ada untuk menimba ilmu agar tidak menyesal pada kemudian hari. Berusahalah..sama ada dari keluarga itu sendiri dan baik dari pelajar itu sendiri. Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk mengecapi kejayaan. Perlu merasa sedikit kepahitan untuk merasa manisnya sebuah kejayaan. =). Persoalannya, jalan mana yang kita mahu pilih untuk masa depan?
Hmm, kembali kepada program out reach, sekali jalan kami pergi dua buah rumah supaya kerja cepat dihabiskan, sebab tengahari tu sekolah macam biasa. Jujurnya hari tu memang hari yang sangat memenatkan. Lagipun bukan semua keluarga menerima kehadiran kami dengan baik. Iyalah, kalau e-kasih yang datang, tentu lain sambutannya. =p
Apa2pun, menjadi seorang guru bukannya senang. Bukan setakat mengajar. Lagi2 menjadi seorang guru kelas. Dari sekecil2 kerja seperti tanda kehadiran dan sekarang kena key in online kehadiran setiap hari sehinggalah buat surat amaran, penyerahan dan pengambilan buku teks dan banyak lagi. Tapi masalah yang besar adalah bila berhadapan dengan pelajar yang nakal dan kurang sopan di dalam kelas. Apa2pun, seorang guru kena pandai bermain dengan emosi sendiri.
Menjadi guru memang memerlukann kesabaran yang tinggi. Menjadi guru memang memerlukan komitmen yang tinggi. Tapi x boleh nak merungut2 banyak2 juga, sebab inilah kerja aku sebagai seorang guru. =). Inilah sumber rezaki aku.
Aku memilih jalan untuk mendidik.
Insya-allah semoga aku istiqamah menjadi seorang pendidik
Comments
Post a Comment