Hak..
Bismillah
Segala puji
hanya bagi Allah sekalian alam.
Hari ni aku
nak kongsi sesuatu buat peringatan
bersama.
Walaupun sedkit, semoga ada manfaatnya, insya-allah.
Bermula
dengan satu peristiwa masa bulan ramadhan lepas.
Aku dan
suami pergilah ke sebuah restoran untuk berbuka puasa.
Kami pergi dalam pukul 5.40 petang selepas selesai
membeli persiapan raya.
Kami antara
orang yang awal datang ke sana.
Macam biasa
menu diambil dan pekerja tu memaklumkan makanan akan dihidangkan pada pukul
6.00 atau 6.15 macam tu.
Sementara menunggu
waktu berbuka, semakin ramai orang yang datang.
Masa terus berlalu
dan orang yang sampai lambat dari kami sudah mulai dapat makanan masing2.
Walaupun sedikit
pelik disitu, tapi suami kata xpa, x lama lagi sampailah tu.
Dari pukul 6.15,
6.20 dan 6.25 makanan kami masih x sampai pagi.
Buah kurma
dan air merah untuk berbuka sudah disediakan, tapi makanan dan minuman yang di pesan
x sampai2 lagi.
Hati dah
mula sedikit panas ni =], tapi syukur suami nasihat, nanti dia akan tanya lepas berbuka,
kalau tanya sekarang bimbang dipengaruhi oleh mood lapar dan dahaga.
Lepas dah
berbuka, kami pun tanyalah salah seorang pelayan di sana. Mereka memanggil
pelayan yang mengambil order kami. Bila kami bertanya, baru pelayan tersebut
teringat dan mengatakan pesan kami belum dipunch dan belum dimasak lagi.
Allah… aku
terasa tegang masa tu. Al-maklumlah penat + haus masa tu. Pelayan tu minta maaf dan berjanji akan memasak secepat
yang mungkin untuk menu kami berdua.
Tapi.. aku
dan suami sudah x mahu dan berniat untuk ketempat yang lain sahaja.
Dalam fikiran, perkhidmatan x berapa ok dan hak kami terabai. Huhuhu.
Kami pun
membatalkan tempahan dan pergi dari situ.
Hmm.. kembali
kepada tajuk entri..
Kita selalu mengambil
berat tentang hak diri kita bukan?
Dan kita
mudah terasa kecewa atau marah apabila kita tidak mendapat hak kita pada masa yang sepatutnya. Betulkan? Tepuk dada,
tanyalah iman yang ada pada diri kita.
Ada kita
fikir, macam mana dengan hak Allah yang kita selalu tangguhkan? Contohnya
selalu melewatkan solat? Allah.. Maka nikmat
Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Kita mudah berasa
jauh hati dengan sesuatu perkara yang pernah meyakitkan diri kita atau perkara yang pernah membuat kesilapan dalam
menyediakan hak kita dan berniat untuk tidak pergi semula ketempat tersebut. Betulkan?
Ada kita
fikir, macam mana dengan hak Allah yang kita wajib buat, tapi kita tidak
laksanakan?
Allah suruh kita solat.. apa agaknya pandangan Allah kepada kita bila mana kita x solat?
Tentu Allah marah kita kan?
Tapi Allah itu Maha Pemaaf, kita buat dosa hari ni, bila kita memohon keampunan, insya-allah pasti Allah maafkan..
Dalam tidak sedar, terlalu banyak hak Allah kita tidak tunaikan dengan baik.
Allah..Allah..Lemahnya
diri kita ni. Kenapa kita selalu fikir tentang hak kita sahaja? Sedangkan apa
yang ada pada diri kita bukannya milik kita. Semuanya adalah milik Allah, apa
yang ada pada diri kita hanya pinjaman semata-mata sahaja.
Muhasabah bersama…
"Ya Allah..aku memohon kepada-Mu agar mendapatkan kehidupan yang bersih, kematian yamg mudah dan kembali dalam keadaan yang tidak menyedihkan"
Comments
Post a Comment