Posts

Showing posts from 2012

Doa

Image
~Bismillah~ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Ya Tuhan kami... Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami... Janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami... Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Amin ya Allah. (al-Baqarah:286)

Cherita cuti

Image
~Bismillah~ Hari ni aku menulis lagi.. Kali ni aku nak tulis tentang cerita aku masa cuti ni. Cuti ni tiada pergi mana2 tempat khas pun, just berjalan2 dengan suami, family kat Tuaran dan family kat Kudat. Tapi setiap masa yang ada itulah yang masa yang paling berharga buat diriku ini.  Teringat satu teka teki Imam Ghazali kepada anak muridnya tentang apakah yang paling jauh dengan diri kita? Hmm, memang banyak benda yang jauh dengan diri kita, tapi masa yang kita sudah tinggalkan adalah masa yang paling jauh kerana kita tidak mampu untuk untuk mengulang masa tersebut. Betul atau tidak? Bila difikirkan memang betul kerana kita tidak boleh kembali pun kepada perkara yang kita telah buat seminit yang lepas, sejam yang lepas, perkara semalam ataupun perkara setahun lepas. Tapi kita cuma mampu untuk mengingatnya sebagai satu kenangan buat diri kita. Jadi berbalik kepada cerita cutiku. 17 Disember Aku dan suami balik Tuaran selepas beberapa hari tinggal di rumah mak mertua sambil

Ibu

Image
~Bismillah~ Dua hari lepas aku ada sembang2 dengan mama di telefon, masa tengah sembang2 tu, mama cakap "rindu pula dengar suara ko nak".. ehee.. saja ja manja2 dengan mama, aku tanya mama "kenapa rindu", mama kata "iyalah mama pun sudah tua, bukannya tahu umur"…sob.. bergenang air mata.. Allah… Rindu keluarga di Tuaran. (Baru ja pun balik Tuaran hari tu, huhu.) Jadi hari ni aku nak kongsi sedikit tentang mama @ ibu.  Tanpa ibu kita tidak akan lahir ke dunia ini Sebagai permulaan aku suka untuk berkongsi satu hadis tentang ibu. Dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku?" Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian siapa?’ Baginda berkata ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Bapamu.' [HR B

.:8 tahun:.

Image
~Bismillah~ 8 tahun? Hihi..tak tau nak letak tajuk apa.. =). Minggu ni sibuk nak crita tentang hari kelahiran sahaja. Kali ni aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat anak buah sulung, Muhd Wafiy Sufi yang telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun pada hari ni (8 Disember 2012).  Ucapan dari kejauhan sebab anty jidang xdapat balik, temankan pakcik kat sini jaga pelajar STPM kat asrama. =p. Insya-allah ada masa nanti anty balik Tuaran kita jumpa ya. Alhamdulillah tadi sempat juga kak Jiah MMS gambar, terubat sikit rindu di hati anty ni. Anak2 buahku ni bolehlah dikatakan sangat rapat dengan aku, baik Wafiy, Khadijah ataupun Caca. Ingat lagi Wafiy ni, bila aku balik Johor belajar dulu, dia selalu ikut pergi airport, bila aku masuk ja kat balai belepas, nampak muka dia akan berubah. Pastu konfem aku dapat msg dari akak..."dik...wafiy nangis cari ko dik..." Masa tu juga air mata ni pasti akan mengalir. Allah sedih sangat masa tu dengan homesick yang memang

Sanah helwah

Image
~Bismillah~ Baru hari ni dapat update blog kerana keadaan yang tidak mengizinkan, lebih2 lagi bila En. Suami diberi ujian tubuh badan yang tidak sihat sejak 3 Disember yang lepas. Alhamdulillah sekarang sudah beransur baik dan sudah mula membuat lawak seperti biasa, syukur Alhamdulillah. ;) Hari ni aku nak dedikasikan sesuatu dalam diari maya ni buat En. Suami tersayang yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Disember yang lepas. Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 27 tahun sayang. Tiada hadiah yang bernilai mampu aku berikan melainkan hanya doa pada DIA untuk segala kebaikan dalam hidup abang. Ni masa En. Suami kecil2..comeykan =) Sekarang..Alhamdulillah sudah 27 tahun usianya doaku buat dirinya Tidak lupa juga kepada teman seperjuangan ketika belajar dulu, Pn. Aini yang bermurah hati berikan topup semasa keadaan suami tidak mengizinkan hari tu. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik yang diberikan.

Ayat Seribu Dinar

Image
~Bismillah~ Dengan nama Allah aku menulis lagi. Kali ni aku nak kongsikan satu doa @ ayat, iaitu ayat seribu dinar. Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Ayat ni dikenali sebagai ayat pemurah rezeki.      Baca..faham dan amalkan Disini aku nak kongsikan sedikit tentang ayat seribu dinar ni berdasarkan kepada buku "Doa serta wirid , kaifiat dan fadhilat. "   Keterangan: Salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya, seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata: “beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepad fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta-minta”. Disebabkan mimpi ini berulang kali dialaminya, maka hartawan tersebut melaksanakan apa yang telah dimimpikannya iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.   Pada suau malam dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi kepadanya dan mengajarnya beberapa kalimat ayat-ayat al-quran (ayat seribu d

Syukur ya Allah

Image
~Bismillah~ Alhamdulillah, hari ni 27 November 2012 aku menulis lagi. Hari ni genap 6 bulan aku dan suami menikmati kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang halal, alhamdulillah.. Alhamdulillah syukur pada Allah yang masih memberi kenikmatan kepada kami untuk melayari bahtera rumahtangga bersama. Syukur pada Allah yang memberi ketenteraman pada rumahtangga yang telah dibina. Syukur pada Allah yang sentiasa menjaga hati ini untuk terus istiqomah dalam setiap kebaikan. Syukur pada Allah disetiap perancangan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Disini aku nak titipkan sedikit kata2 buat suami tersayang @ abang.. Insya-allah semoga diari maya ini menjadi kenangan buat diri kita pada masa hadapan nanti, insya-allah dengan izin Allah. Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan ini, amin. Buat suamiku tersayang.. Pejam celik pejam celik sudah genap 6 bulan kita bernikah.. Sudah banyak rasa yang telah kita kongsi bersama.. kita selalu ketawa bersama. Kadang kita na

A day

Image
~Bismillah~ Semalam bersamaan 14hb aku dan En.suami balik ke Tuaran. Menggunakan kesempatan balik ni untuk selesaikan beberapa urusan di K.K. Semalam juga kami p k.k untuk urus laptop En. suami yang xberapa sihat. =p. Jadi aku bawalah anak buah sama, si comel Khadijah. Bila dah sampai kedai laptop, orang tu suruh tunggu dalam 10 minit pula. Jadi x mahu tunggu disana jadi En. suami pun ajaklah minum kat kedai ala2 ice blog, iaitu Yoyo cafe. Aku order chocolate + pearl, suami milkytea + coconutcube, khadijah pula chocolate + coconutcube. Bila order kami dah siap, aku dan suami pun minum dan bila nak tolong cucukkan minuman Khadijah dia x mahu... Pelik juga kenapa dia x mahu? Anty Dang: Jah..kenapa xnak minum? Khadijah: Ni untuk umi dan abi.. =) Anty Dang: =] En.suami bagi minuman dia untuk Jah minum. Baiknya pakcik Jah =p Ya Allah...kecil2 lagi dah ingat tentang umi dan abinya.. Tersentuh juga hati ni sebab Khadijah yang baru berusia 3 tahun lebih sudah mampu ber

~Barakallahuma~

Image
~Bismillah~ Entri kali ni aku nak ucapkan tahniah buat kawan2 masa belajar kat UTHM dulu, satu kos pendidikan, satu rumah sewa dan kawan suka duka, yang telah selamat mendirikan masjid pada tahun ini.. Alhamdulillah.. Tahniah buat Maisaratun Asmaa Bt Makhtar dan pasangannya yang telah selamat diijabkabulkan pada  pada 11 Oktober 2012 .  Semoga masjid yang terbina ini sentiasa berada dalam keberkatan dari Ilahi. Doaku buat dirimu semoga sentiasa bersabar dalam menjalani liku2 berumahtangga. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendak-Nya. Alhamdulillah.. Tahniah ya Maisara Tidak lupa juga buat Nuraini Bt Keling dan pasangannya yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 27 Mei 2012 (kami berkongsi terikh pernikahan) =).  Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah buat kita semua, amin ya Allah. Semoga masjid yang dibina menjadi syurga dunia buat kita. Alhamdulillah..Tahniah ya Aini. Sesungguhnya perkahwinan yang dibina bukan

.:Cuti sekolah:.

Image
~Bismillah~ Aku menulis lagi.. minggu ni cuti sekolah sudah bermula. Pasti para pelajar gembira dengan cuti sekolah ni. Hmm guru2 pun macam tu juga, pasti gembira.. =p Selamat bercuti semua Cuti sekolah ni banyak benda aku nak buat. Minggu ni ja aku nak update semua kerja sekolah. Nak siapkan fail yang bertangguh, semoga ada kelapangan dari-Nya, insya-allah. Untuk cuti ni juga suami tersayang nak aku belajar memandu, dibawah penyeliaan cik suami.  En. suami kata aku perlu belajar juga, x boleh bagi lama sangat x memandu.. Lagi2 tempoh percubaan P @ 'Penakut' dah habis. =p Huhu, bila nak difikirkan betul juga kata En. suami.. Nak dijadikan cerita, hari ni En. suami ajak aku p belajar memandu, cadangnya nak p pantai Bak2, tapi, sebab dah lambat jadi kami p kawasan masjid yang ada jalan lurus dan sedikit simpang. Nak biasakan diri untuk tukar2 gear dulu. Bergetar juga kaki sebab dah lama tinggalkan. huhu. Tapi syukur En. suami memahami, dia xdalah nak pus

Monologku

Image
Hati wanita itu lembut dan mudah untuk mengeluarkan air mata.. Menangis bukan bermaksud lemah, tapi itulah caranya untuk mengeluarkan apa yang ada dihati.. Pesan buat diriku.. Bila hati bersedih... Luahlah pada DIA yang selayaknya.. Semoga DIA memegang hati kita saat kita semakin jauh dariNYA.. Semoga DIA memberi kita kekuatan.. Amin Ya ALLAH..

Demam PBS

Image
~Bismillah~ Luahan perasaan seorang cikgu @cikgu Baharu PBS?  Aku yakin semua guru-guru diserang dengan fenomena PBS ni kan. PBS betul2 dah jadi demam buat guru2 kat sekolah aku. Due 20hb ni, sekarang dah 8hb. Maknanya ada kurang 11 hari lagi untuk key in maklumat, iaitu 9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19 dan 20hb. Tapi bila nak masuk...Allah...balik2 kena login.. Bila dah masuk kena tunggu lagi. Betul2 perlukan kesabaran. 2lah masalah bila perubahan yang dibuat secara drastik tanpa membuat penelitian terlebih dahulu dan tanpa tempoh percubaan terhadap guru2. Inilah kesannya.. Balik-balik nak kena login Bayangkan pagi tadi buka pukul 4pagi, tapi x dapat masuk juga.. Sampai sekolah sebelum pukul 7, cuba buka lagi tapi cuma dapat masukkan 2 orang pelajar sahaja.. Bayangkan semua guru-guru kat Malaysia ni nak masukkan maklumat.. cuba analogikan..Semua orang nak balik kampung masa cuti perayaan? Tentu jalan akan sesak kan? Memang dugaan.. Trafik jam sebelum cuti... H