Posts

Simpang Mengayau

Image
~Bismillah~ Hari ni 26 Ogos bersamaan dengan 10 Syawal..  Bermakna tak lama lagi kita akan menyambut kemerdekaan.  Ni bermakna kurang seminggu lagi majlis persandingan aku dan suami. =] Esok sekolah pun dah buka, jadi bermulalah lagi kehidupan sebagi seorang pendidik. Entri kali ni aku nak kongsi sedikit tentang keindahan Simpang Mengayau. Semalam aku, suami dan adik ipar sempat meluangkan masa untuk ke Simpang Mengayau @ The Tip of Borneo untuk jalan-jalan. Jarak dari pekan Kudat ke Simpang Mengayau adalah sejauh 28 KM. Simpang Mengayau adalah salah satu simbol bagi negeri Sabah dan merupakan tempat pelancongan yang terkenal di daearah Kudat kerana Simpang Mengayau merupakan penghujung bagi negeri Sabah dan juga merupakan pertemuan Laut China Selatan. Kedudukan Simpang Mengayau Simpang Mengayau merupakan tempat untuk beriadah yang sangat sesuai untuk sesi keluarga. Pemandangan yang begitu cantik membuatkan hati ini terpesona dengan ciptaan Allah Yang Maha Heb...

Selamat Hari Raya

Image
Bismillah. Taqaballahu mina wa minkum... Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu dibulan Ramadhan. Hari ni 20 Ogos bersamaan dengan 2 Syawal...  Salam Aidilfitri 1433 H Alhamdulillah syukur ya Allah tahun ni Engkau masih beri diri ini kenikmatan untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Raya tahun ini juga ahli keluarga dah bertambah, suami dan keluarga suami. =). Jadi, kesempatan ini dengan penuh rasa rendah diri aku ingin menyusun sepuluh jari memohon segala salah dan silap kepada semua kenalan ataupun sahabat-sahabat lama yang tersinggah didiari maya ini, sama ada dengan sengaja ataupun tanpa sengaja sesungguhnya kita adalah manusia yang lemah dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan sepanjang kita masih bernafas di dunia ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Buat yang telah tiada jangan lupa untuk disedekahkan al-Fatihah buat mereka, al-Fatihah. Muhasabah buat diriku...Bersyukurlah kepada Allah dalam setiap nikmat yang tidak terhi...

'Dia' pergi juga..

Image
~Bismillah..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah~ Hari ini 10 Ogos 2012 bersamaan dengan 22 Ramadhan.. Bermakna kurang 10 hari lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.. Macam mana dengan puasa kita? Tepuk dada, tanyalah iman. Insya-allah sama-samalah kita semua mengejar keberkatan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ni ya. Firman Allah dalam surah al-Qadr; "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr (1) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2) Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan (3) Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) (4]) Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing (5)"  -Surah al-Qad.                                        ...

Andai 'dia' pergi...

Image
~Bismillah~ Hari ni 3 Ogos 2012 Patutnya hari ni aku dah memulakan tugas, tapi MC aku disambung lagi hingga ke hari ni, Insya-allah hari Isnin aku akan bertugas semula. Ramadhan tahun ni adalah ramadhan yang paling berat buat diri ini dan suami tersayang. Sehingga ke hari ini, aku masih mengalami pendarahan. Semenjak 26 Julai 2012, pendarahan yang aku alami tidak banyak cuma setiap hari pasti akan ada pendarahan. Kantung semakin mengecil 30 Julai Aku mengalami pendarahan yang berwarna merah lepas pergi bazaar dengan suami. Malam tu selepas berbuka, suami membawa aku pergi hospital, macam biasa aku kena buat beberapa prosedur asas. Prosedur yang terakhir, doktor scan perut aku untuk kepastian. Mula-mula doktor tu x dapat buat keputusan, jadi dia panggil lagi seorang doktor untuk scan sama-sama, masa tu memang rasa x sedap hati sudah tapi syukur suami sentiasa di sisi. Doktor cuma buat kesimpulan awal yang kantung baby dah semakin mengecil dari yang mula-mula kena scan.. Ya Alla...

Anugerah dan ujian

Image
~Bismillah~ Alhamdulillah, hari ni 27 Julai 2012 genap 2 bulan usia pernikahanku. Walaupun usia perkahwinanku baru mencecah 2 bulan, tapi banyak juga suka dan duka yang telah aku kongsi bersama dengan suami. Sesungguhnya suka dan duka, anugerah dan ujian adalah tarbiyyah daripada Allah SWT untuk menguji setiap hamba-Nya. Berpuasa pertama kali sebagai isteri orang adalah anugerah buat diri ini. Walaupun agak kekok menyediakan makanan buat suami tersayang khususnya waktu sahur, tapi aku usahakan juga berbekalkan perencah bismillah dan tawakal kepada Allah. Syukur Alhamdulillah, walaupun tidak sesedap yang diharapkan, tapi suami bijak mengambil hati dan makan dengan berselera. Syukur ya Allah di atas anugerahMU. 10 Julai 2012 aku disahkan mengandung melalui ujian air kencing yang aku buat di salah sebuah klink swasta di daerah ini sebab waktu uzurku sudah lambat seminggu dari waktu uzur yang sepatutnya. Aku dan suami begitu gembira dan teruja walaupun tidak menyanggka sece...

Ihya Ramadhan

Image
~Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Pengasih~ Salam ramadhan.. Ihya Ramadhan...Alhamdulillah bulan yang mulia bulan ramadhan al-mubarak datang menyapa kita lagi. Segala syukur buat Dia yang masih memanjangkan umur kita untuk masih berada di bulan ramadhan pada tahun ini, syukur ya Allah di atas segala nikmatMu yang tidak terhitung kepada diri ini.  Hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa dan baru hari ni aku dapat membuka diari maya ni. Apa-apa pun aku nak ucapkan "Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak 1433". Semoga ramadhan tahun in lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum ini. =). Sama-sama kita mengajar ganjaran pahala pada bulan ini.  Sabda Rasulullah saw.: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan. Kejarlah pahala sebanyak mana yang kita boleh buat ya, kuatkan iman dalam mempertingkatkan segala amalan-amalan sunat pada bulan ini, biar sedikit yang penting konsi...

~Kehidupan 3~

Image
~Bismillah~ Genap seminggu akhirnya aku menulis lagi. Dalam seminggu ni banyak yang aku telah lewati.. ~Flashback~ 6 Julai 2012 aku dan suami balik ke rumah di Tuaran. Lepas kelas, balik kerumah dan siapkan RPH untuk hari Isnin minggu depan untuk dihantar sebelum balik ke Tuaran. Bergerak sebelum pukul 9 malam dan alhamdulillah sampai di Tuaran pada pukul 11 lebih. Perjalanan yang agak meletihkan tapi perjalanan tidak terasa begitu jauh sebab sepanjang perjalanan aku temankan suami tersayang bersembang supaya suami tidak rasa mengantuk semasa memandu. Kalau dulu2, masa naik kereta sewa atau bapa datang ambil, aku tidur memanjang ja ni, tapi sekarang semuanya sudah berubah. =) Lagipun perasaan balik ke rumah adalah satu perasaan yang sangat mengembirakan. Rindu mama, rindu bapa, rindu anak-anak buah, rindu semuanya. ~`_~. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan..  Anak buah.. Wafiy si pembuli, kodi si ayu =) Caca...the King of Bully.. =p Tengo wafiy sempat l...