Posts

Showing posts from 2013

27 + 1=

Image
Bismillah Dedikasi buat suami tersayang.. Abang.. =) 27 + 1 berapa? Iya, betul 28.. Bermakna umur abang sudah 28 tahun. Sanah helwa sayang.. Selamat Hari Jadi yang ke 28 tahun.. Semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezaki. Semoga abang suksess dalam kerjaya abang sebagai seorang pendidik.. Semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin ya Allah. Bila isteri berbicara =) Bila suami berbicara =) Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dalam perlindungan dan rahmat dari-Nya. Semoga dengan bertambahnya usia, amal ibadat abang juga akan semakin bertambah. Insya-allah semoga kasih sayang kita juga semakin bertambah. Amin ya Allah. Alhamdulillah tatkala menulis entri ini kita telah melayari rumah tangga selama 1 tahun 6 bulan dan 6 hari. Semoga tahun2 akan datang sayang masih dapat menyambut hari jadi abang dengan penuh kesederhanaan dan penuh kesyukuran kepada-Nya. Sanah Helwah suamiku sayang.. Terima kasih buat mama me

Macam-macam

Image
Bismillah.. Hari ni bermulanya peperiksaan SPM dan STPM..  Ingat lagu masa ambil SPM pada tahun 2005, masa tu ulang alik Kinarut-Tuaran kerana tidak sihat. =] 2005-2013, bermakna sudah 8 tahun berlalu. Pelajar sekolah menengah sudah mula bercuti hari ni, tapi para guru masih lagi pergi sekolah. Tapi kali ni para guru tiada actvt formal, cuma melengkapkan saki baki kerja sekolah, antaranya key-in PBS, semak kertas peperiksaan pelajar, update fail buku teks, update buku register dan sebagainya. =p Semak kertas pelajar Sibuk2 pun sempat lagu update blog kejap. =) Untuk update PBS memang sangat teruk. X boleh nak masuk. Syukur juga KPM ambil perhatian tentang perkara ni dan melanjutkan tarikh kemasukan PBS. . x dapat nak masuk, IE @ chrome Saya sibuk, tapi en. suami sempat lagi layan kartun, kartun anime. xtau tajuk apa. ehee. Esok suami pula akan sibuk sebab bertugas untuk menjaga STPM peringkat sekolah kerana esok kertas pengajian AM. =) khusyuk sangat =p

~16 Bulan~

Image
~Bismillah~ Kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja sekolah. Al-maklumlah dekat hujung tahun sudah. Jadi banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Alhamdulilllah tidak lama lagi usia perkahwninan kami akan mencecah 16 bulan @ 1 tahun 4 bulan pada 27hb ni. Syukur atas nikmatMu ya Allah. Insya-allah semoga ada rezeki buat kami lepas ni, =). (Bersangka baik dengan Allah). Rabbi yassir wala tu assir. Dua2 dah makin 'comey'  =) Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cintanya bermanfaat bagiku disisi-Mu. Ya Allah, jadikanlah apapun yang Engkau kurniakan kepadaku dari perkara-perkara yang aku cintai sebagai kekuatan bagiku untuk melaksanakan apa sahaja yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah apapun yang Engkau jauhkan dariku dari hal2 yang aku cintai  sebagai kelemahaku untuk aku melaksanakan apa saja yang Engkau cintai.. Amin Ya Allah.. (Hadis Riwayat Tirmidzi) p/s: Hari ni tumpang Kak Aruna lagi sebab suami pergi berkursus di KK selama 5

Out Reach

Image
Bismillah Pada 28 Ogos yang lalu, iaitu bersamaan dengan hari Rabu aku dan guru2 petang yang lain telah pergi ke rumah2 pelajar yang kerap sangat tidak hadir kesekolah @ program out reach. Program kali ni bersama-sama dengan Cikgu Nazifah, Cikgu Aruna, Cikgu Sylviana, Cikgu Rujanah dan ditemani dengan 3 orang guru lelaki iaitu Cikgu Hamidi, Cikgu Tai dan Cikgu Fabian. Masa sampai di Landung Ayang Program ni bertujuan untuk mengetahui masalah pelajar dan mendapatkan kepastian sama ada pelajar ni masih ingin bersekolah atau tidak kalau sudah tidak mahu ke sekolah, ibu bapa kenalah ikut prosedur yang betul. Bukan membiarkan sahaja macam tu kan?   Kami berjalan pada pukul 10 pagi dengan menaiki van sekolah. Ada 2 destinasi yang ingin dituju. Pertama di Landung Ayang dan yang kedua di Kg. Perpaduan. Pengalaman pertama kali mencari rumah budak bukanlah satu pekara yang mudah, perlu banyak bertanya agar tidak tersesat nanti. Teringat ingat lagi masa tengah cari rumah

Bercintalah..

Image
Bismillah.. Malam ni tiba2 pula ada mood nak menulis. Ehee. =p Suami tersayang sibuk minggu ni, minggu lepas bawa budak tingkatan 6 untuk pertandingan bola tampar peringkat bahagian di Kota Belud. Hari ni pula suami jalan pergi Kota Kinabalu untuk bahagian negeri sebab hari tu team dorang menang. Insya-allah hari selasa baru balik Kudat. Bila tinggal seorang2, memang rasa rindul tu lebih, sebab kami tinggal berdua sahaja, masa banyak dikongsi bersama. Jadi bila suami ada urusan luar terasa bebenar rumah ni sunyi. Masa nilah aku banyak muhasabah diri.. =( Memo dari suami yang diletak di meja sebelum bertolak  ke Kota Belud  Tidak lama lagi usia perkahwinan kami mencecah setahun 3 bulan. Walaupun pada angkanya seperti sudah lama, tapi bagi kami itu adalah kehidupan bersama yang masih baru. Kami masih dalam fasa membina syurga dunia kami, ada waktunya kehidupan ini berjalan seperti biasa, dan ada masanya kami perlu bertatih bersama.  Proses berkenalan dikalangan

Hak..

Image
Bismillah Segala puji hanya bagi Allah sekalian alam. Hari ni aku nak kongsi sesuatu  buat peringatan bersama. Walaupun sedkit, semoga ada manfaatnya, insya-allah. Bermula dengan satu peristiwa masa bulan ramadhan lepas. Aku dan suami pergilah ke sebuah restoran untuk berbuka puasa.  Kami pergi dalam pukul 5.40 petang selepas selesai membeli persiapan raya. Kami antara orang yang awal datang ke sana. Macam biasa menu diambil dan pekerja tu memaklumkan makanan akan dihidangkan pada pukul 6.00 atau 6.15 macam tu. Sementara menunggu waktu berbuka, semakin ramai orang yang datang. Masa terus berlalu dan orang yang sampai lambat dari kami sudah mulai dapat makanan masing2. Walaupun sedikit pelik disitu, tapi suami kata xpa, x lama lagi sampailah tu. Dari pukul 6.15, 6.20 dan 6.25 makanan kami masih x sampai pagi. Buah kurma dan air merah untuk berbuka sudah disediakan, tapi makanan dan minuman yang di pesan x sampai2 lagi. Hati dah mula sedikit panas ni =]

~Aidilfitri~

Image
Bismillah.. Baru sempat update blog pada hari ini. Banyak yang ingin dikongsi, tapi semuanya tersimpan dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berjumpa dengan bulan syawal 1434H @ tahun 2013. Alhamdulillah raya tahun ni dapat beraya di rumah sewa baru. Baru masuk rumah sewa bulan ramadhan yang lepas. =) Alhamdulillah berusaha bersama suami tersayang untuk melengkapkan bahtera rumah tangga kami. =) Tidak ingin menulis banyak, sebab esok sudah kembali ke sekolah. Apa2pun, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan: Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada saudara-mara , sahabat handai dan siapa sahaja yang kenal dengan diriku ini baik yang sengaja atau yang mungkin secara tidak sengaja singgah di blog ini. =) Semoga syawal ini sentiasa dipenuhi dengan perasaan syukur kepada Ilahi di atas setiap nikmat kurniaan yang tidak pernah putus dari-Nya. Ingatlah..di saat kita gembi

~Cuti Bersama~

Image
Bismillah.. Alhamdulillah hari ni aku menulis lagi. Tidak banyak kata2 yang ingin disimpan, cukup sekadar gambar yang berbicara. Inipun sudah kembali ke Kudat selepas beberapa hari bercuti.. Tulat sudah akan memulakan tugas seperti biasa. Syukur alhamdulillah kerana cuti kali ni aku dan suami banyak meluangkan masa bersama seperti yang telah dirancang.  Dan syukur juga kerana bapa tersayang sudah sampai ke Mekah (6/6/13) untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah. Dan cuti kali ini juga aku dan suami kembali ke Hotel Oreintal, hotel yang sama ketika aku orientasi guru baharu dulu. Perkhidmatan yang baik dan sarapan yang memang sedap. =) Pemandangan dari hotel tingkat 10. Gayat juga masa ni. =] Secret Recipi Blackpepper chiken rice Sunset di bandar Kota kinabalu Sayang abang Ikan bakar di pasar malam KK (Berpeluh2 makan ikan + belacan.uhuu) Suami di anjung hotel (Ini model saya. ehee) Berlatar belakangkan kolam renang hotel

~Istimewa Mei~

Image
 ~Bismillah~ Istimewa Mei? Istimewa sebab cuti sekolah.? Iya mungkin sebab dapat rehatkan diri buat seketika dari kerja sekolah. Insya-allah bulan ni banyak juga perkara yang berlaku. Baik suka dan duka tapi dua2nya adalah tarbiyyah dari Allah. (sentiasa bersangka baik dengan Allah) Istimewa Mei? Paling bermakna...Alhmadulillah.. Hari ni 27 Mei 2013. Hari ni adalah hari yang bermakna, sungguh bermakna buat diriku dan suamiku. Jika diingat kembali setahun yang lepas, 27 Mei 2012 adalah hari pernikahanku dan suami. Bermakna sudah setahun aku dan suami menjalani kehidupan yang halal sebagai suami dan isteri. Alhamdulillah dan syukurlillah di atas setiap nikmat yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga. Footer blog.. Setahun sudah. Alhamdulillah Alhamduillah.. Semoga rumah tangga yang terbina ini sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan dari-Nya. Semoga kehidupan yang terbina ini sentiasa terpelihara dari sebarang kejahatan di dunia dan di akhirat. Insya-al

macam-macam =)

Image
Bismillah.. Hari ni tergerak hati pula untuk menulis diari maya ini. Minggu ni baru sahaja selesai buat PBS secara lisan kepada para pelajar untuk subjek Bahasa Melayu. Nak dijadikan cerita buat PBS dalam kelas 1A1, patutnya kelas ni kelas budak pandai tapi entah ramai guru yang komplen budaknya banyak yang slow. Masa untuk berinteraksi tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian; Cerita 1 Cikgu: Siapa kawan baik kamu di sekolah ni? Pelajar: Ismarizal cikgu. Cikgu: Ceritakan kenapa cikgu kenapa dia kawan baik kamu? Pelajar: Sebab dia lucah cikgu (dengan nada yang yakin) Cikgu: Tergelak waktu tu juga. Hihihihi. Pelajar: Eh, silap cikgu, sebab dia lucu. (dengan muka yang merah). Cikgu: =))) Cerita 2 Cikgu: Ceritakan kepada cikgu tentang diri kamu. Pelajar; Diam (buat mula blur). Cikgu: Ok, kamu ada berapa orang adik beradik? Pelajar: 2 orang cikgu. Cikgu: Kamu anak yang ke-berapa? Pelajar: ke-3 cikgu. Cikgu: Memang tergelak waktu tu juga, x tahan

Kelebihan Membaca Al-Quran

Image
~Bismillah~ Hari cuma nak kongsi sedikit perkongsian tentang kelebihan membaca al-Quran. Banyak kelebihan membaca al-Quran, antaranya ialah: Ibadah yang paling utama dari segi bacaan. Pahala membaca satu huruf dari daripada al-Quran: Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn-Jauzi pula berpendapat digandakan sebnayak 700 kali. Mengikut Ibn Abbas r.a, pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat. Pada hari kiamat, al-Quran akan menjadi pembela. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan di syurga. Membacanya sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin. Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampun dosa mereka. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oelh malaikat di langit. Jika dibada di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu. Seutama-utama manusia i

~ALLAH SEGALANYA~

Image
Apabila semuanya serba tidak kena, dan kamu tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah, kamu masih boleh bersandar kepada DIA Yang Maha Mengasihi. Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari DIA Yang Memberi Cahaya. Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA yang tidak pernah melukakan hatimu. DIA Maha Adil. Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana DIA Maha Melihat segala-galanya. Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh dan perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa. Apabila hidup ini dirasakan beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya. Apabila semua orang disekelilingi tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana DIA Maha Mendengar. Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk me

~cerita sekolah~

Image
  ~Bismillah~ Alhamdulillah masih punya kelapangan untuk mengisi diari maya ini. Mencari hari yang betul2 ada mood untuk menulis. Kurang tekanan kerja dan kerja yang diperlukan sudah dibuat. Hari ni aku cuma ingin berkongsi subjek yang aku ajar di sekolah. Seperti biasa aku diberi amanah untuk mengajar Kemahiran Hidup (KT) sebagai subjek utama dan dua subjek yang lain iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Iya 2 subjek ni adalah subjek baru kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. saya cikgu.. =) Jauh dihati aku kadang2 terfikir, dulu masa belajar bimbang xlepas peperiksaan dengan baik. Bila dah habis belajar, bimbang pula xdapat posting. Bila dah kerja ni, bimbang pula apa yang kita ajar ni xsampai pula kepada pelajar. bimbang syok sendiri pun ada. Huhu. =p. hmm..macam2.. Berfikir, merancang dan menulis Walaupun kadang2 jauh dihati aku terasa seperti ada sedikit penganiyaan tapi aku tetap kena teruskan juga. Walupun kadang2 aku mengambil masa satu jam untuk