Thursday, 29 May 2014

Alhamdulillah.. 2 Tahun sudah..

Bismillah

Alhamdulillah segala pujian hanya bagi Dia..
27 Mei 2012, aku telah menjadi isteri yang halal buat dia.
Sekarang sudah 2 tahun berlalu, alhamdulillah.

Kami masih bersama, masih mengenali dan masih berkasih sayang dan insya-allah jika diberi peluang oleh Allah, kami akan jadi bertiga hujung tahun ni.
(Semoga dipermudahkan semuanya, rabbi yassir wala' tuassir)
Ya Allah..syukur atas semua kurniaan-Mu buat kami suami isteri.

Syukur ya Allah.. Engkau berikan aku suami yang baik dan memahami dan banyak bertolak ansur dalam melayan karenahku.
Syukur ya Allah...Engkau kurniakan aku seorang suami yang penyayang dan sangat disenangi oleh keluargaku.
Syukur ya Allah... Engkau berikan aku keluarga mertua yang baik.

Syukur atas semua anugerah yang Engkau berikan kepada kami suami isteri..
Ya Allah.. Engkau kekalkanlah kemesraan dihati-hati kami ini.
Jadikanlah kami pasangan suami isteri yang sentiasa bersyukur kepadaMu...
Amin Ya Allah..


~Sayang abang~