Posts

Showing posts from January, 2017

Semoga Terus Tabah

Image
Saat aku menulis catatan ni hanya air mata menjadi peneman. Menginsafi diri.. Mengenang betapa kecilnya diri ini.. Baru sedikit ujian Allah bagi, diriku ini seakan sudah rapuh dan lemah. 
Hmm.. Sebenarnya tiada satu jaminan pun apa yang ada dengan kita, selamanya adalah milik kita. Semuanya milik Allah. Kita hanya meminjamnya sahaja. Bila-bila masa sahaja  Allah boleh ambil haknya.
Selain mengetahui diri menghidap penyakit kronik.. Perkara lain yang paling kita takut adalah bila mengetahui bila orang yang kita sayang juga berhadapan dengan  perkara yang sama.. Allahuakhbar.

Kurang setahun selepas aku disahkan ada SLE, kami dikejutkan dengan keadaan anak buah, Siti Khadijah yang menghadapi penyakit scoliosis. Bukan setakat scoliosis, tetapi disaraf tunjang juga ada air bertakung. Satu malam tu, mama telefon (masa tu aku masih dikudat) beritahu yang anak  buah tiba2 menangis kesakitan. Bahu Siti Khadijah sedikit membengkok. Ummi dan abinya bawa pergi Hospital Likas. Buat semua x-ray, ct sc…

SLE dan Mengandung

Image
Entri kali perkongsian tentang SLE dan mengandung.
Mengandung? Semua wanita yang sudah berkahwin pasti ingin menjadi seorang ibu. Setiap orang berlainan rezeki.. Ada yang baru kahwin terus lekat, tapi ada yang lambat. Cuma yang penting jangan mudah berputus asa. Jangan berhenti berdoa dan sentiasa berusaha. Insha-allah, Allah pasti memberi pada masa yang betul-betul sesuai. Bukan sesuainya pada perancangan kita, tapi pasti sesuai pada perancangan Allah SWT.
Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang..

Bagi aku pula setelah hampir 2 tahun menunggu, baru Allah kurniakan rezeki cahayamata buat kami sekeluarga. Stabil emosi, stabil kewangan dan stabil dalam kehidupan berkeluarga, maka Allah kurniakan rezeki buat kami.

Ainur...Penghibur hati ibu ayah.
Alhamdulillah untuk rezeki yang tidak terhingga ini. Cuma untuk menambah anak buat masa terdekat ni keadaan belum mengizinkan atas faktor kesihatan. Pernah aku kongsi disini tentang aku mengandung kali ke-3, tapi masa ni keadaan kesihatanku bet…

~Terima kasih…suamiku~

Image
Alhmdulillah.. . Tahun baru.. semoga Allah permudahkan segalanya..
Penghujung tahun ni dapat berita gembira…
Bergenang air mata...
Hanya ucapan syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang mampu diucapakan…
Perancangan Allah Maha Hebat…
Setelah hampir setengah tahun (masuk hospital dan aku dapat pindah sekolah berlainan daerah)..
Kini…
Aku dan suami tidak lagi PJJ (hanya berjumpa hujung minggu)
Allah.. terima kasih ya Allah permudahkan urusan kami..
Engkau hadirkan pelangi dalam hidup kami selepas hujan…
Benarlah janji Allah..”bersama kesulitan pasti ada kemudahan”..
Terima kasih abg… terima kasih kerana sanggup berkorban demi keluarga kecil kita…
Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan abg..
Syg tahu tidak mudah sebenarnya bagi abg untuk melepaskan anak-anak tingkatan 6 di sekolah lama dulu..
ya Allah...peliharalah rumah tangga kami. Engkau berkatilah rumah tangga kami ya Allah.
Terima kasih menjadi suami yang baik..
Terima kasih kerana berusaha untuk menjadi imam yang baik..
Terima kasih menja…

~Lupus in Color~

Image
Jika mereka MEMAHAMI... PAsTI perjalanan menjadi lebih MUDAH... Tapi... REALITINYA tidak ramai yang MEMAHAMI.. Lebih MUDAH untuk mencari KESALAHAN & KEKURANGAN DIRI... Itulah Hakikat Kehidupan...
Pesan pada hati "Jangan bersedih...Allah sentiasa bersama-MU"