Posts

Showing posts from November, 2012

Ayat Seribu Dinar

Image
~Bismillah~Dengan nama Allah aku menulis lagi.Kali ni aku nak kongsikan satu doa @ ayat, iaitu ayat seribu dinar.Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Ayat ni dikenali sebagai ayat pemurah rezeki. 
Baca..faham dan amalkan
Disini aku nak kongsikan sedikit tentang ayat seribu dinar ni berdasarkan kepada buku "Doa serta wirid , kaifiat dan fadhilat."Keterangan:Salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya, seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata: “beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepad fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta-minta”.
Disebabkan mimpi ini berulang kali dialaminya, maka hartawan tersebut melaksanakan apa yang telah dimimpikannya iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.
Pada suau malam dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi kepadanya dan mengajarnya beberapa kalimat ayat-ayat al-quran (ayat seribu dinar) dianjurkan kepada sihartawan tersebut agar …

Syukur ya Allah

Image
~Bismillah~

Alhamdulillah, hari ni 27 November 2012 aku menulis lagi.
Hari ni genap 6 bulan aku dan suami menikmati kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang halal, alhamdulillah..

Alhamdulillah syukur pada Allah yang masih memberi kenikmatan kepada kami untuk melayari bahtera rumahtangga bersama.
Syukur pada Allah yang memberi ketenteraman pada rumahtangga yang telah dibina.
Syukur pada Allah yang sentiasa menjaga hati ini untuk terus istiqomah dalam setiap kebaikan.
Syukur pada Allah disetiap perancangan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Disini aku nak titipkan sedikit kata2 buat suami tersayang @ abang.. Insya-allah semoga diari maya ini menjadi kenangan buat diri kita pada masa hadapan nanti, insya-allah dengan izin Allah.



Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan ini, amin.
Buat suamiku tersayang.. Pejam celik pejam celik sudah genap 6 bulan kita bernikah.. Sudah banyak rasa yang telah kita kongsi bersama.. kita selalu ketawa bersama.
Kadang kita nangis bersama. Tapi... kita selalu ing…

A day

Image
~Bismillah~

Semalam bersamaan 14hb aku dan En.suami balik ke Tuaran.
Menggunakan kesempatan balik ni untuk selesaikan beberapa urusan di K.K.

Semalam juga kami p k.k untuk urus laptop En. suami yang xberapa sihat. =p.
Jadi aku bawalah anak buah sama, si comel Khadijah.
Bila dah sampai kedai laptop, orang tu suruh tunggu dalam 10 minit pula.

Jadi x mahu tunggu disana jadi En. suami pun ajaklah minum kat kedai ala2 ice blog, iaitu Yoyo cafe.
Aku order chocolate + pearl, suami milkytea + coconutcube, khadijah pula chocolate + coconutcube.
Bila order kami dah siap, aku dan suami pun minum dan bila nak tolong cucukkan minuman Khadijah dia x mahu... Pelik juga kenapa dia x mahu?

Anty Dang: Jah..kenapa xnak minum?
Khadijah: Ni untuk umi dan abi.. =)
Anty Dang: =]

En.suami bagi minuman dia untuk Jah minum. Baiknya pakcik Jah =p

Ya Allah...kecil2 lagi dah ingat tentang umi dan abinya.. Tersentuh juga hati ni sebab Khadijah yang baru berusia 3 tahun lebih sudah mampu berfikir mcam tu. Sejuk perut ibu yang me…

~Barakallahuma~

Image
~Bismillah~


Entri kali ni aku nak ucapkan tahniah buat kawan2 masa belajar kat UTHM dulu, satu kos pendidikan, satu rumah sewa dan kawan suka duka, yang telah selamat mendirikan masjid pada tahun ini..
Alhamdulillah..
Tahniah buat Maisaratun Asmaa Bt Makhtar dan pasangannya yang telah selamat diijabkabulkan pada pada 11 Oktober 2012.  Semoga masjid yang terbina ini sentiasa berada dalam keberkatan dari Ilahi. Doaku buat dirimu semoga sentiasa bersabar dalam menjalani liku2 berumahtangga. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendak-Nya.

Alhamdulillah.. Tahniah ya Maisara
Tidak lupa juga buat Nuraini Bt Keling dan pasangannya yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 27 Mei 2012 (kami berkongsi terikh pernikahan) =). 
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah buat kita semua, amin ya Allah.
Semoga masjid yang dibina menjadi syurga dunia buat kita.
Alhamdulillah..Tahniah ya Aini.
Sesungguhnya perkahwinan yang dibina bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu semata-mata, malah untuk me…

.:Cuti sekolah:.

Image
~Bismillah~

Aku menulis lagi..
minggu ni cuti sekolah sudah bermula.
Pasti para pelajar gembira dengan cuti sekolah ni.
Hmm guru2 pun macam tu juga, pasti gembira.. =p


Selamat bercuti semua
Cuti sekolah ni banyak benda aku nak buat.
Minggu ni ja aku nak update semua kerja sekolah.
Nak siapkan fail yang bertangguh, semoga ada kelapangan dari-Nya, insya-allah.

Untuk cuti ni juga suami tersayang nak aku belajar memandu, dibawah penyeliaan cik suami. 
En. suami kata aku perlu belajar juga, x boleh bagi lama sangat x memandu..
Lagi2 tempoh percubaan P @ 'Penakut' dah habis. =p
Huhu, bila nak difikirkan betul juga kata En. suami..

Nak dijadikan cerita, hari ni En. suami ajak aku p belajar memandu, cadangnya nak p pantai Bak2, tapi, sebab dah lambat jadi kami p kawasan masjid yang ada jalan lurus dan sedikit simpang. Nak biasakan diri untuk tukar2 gear dulu. Bergetar juga kaki sebab dah lama tinggalkan. huhu.

Tapi syukur En. suami memahami, dia xdalah nak push, marah2 ataupun menggunakan kekerasan…

Monologku

Image
Hati wanita itu lembut dan mudah untuk mengeluarkan air mata.. Menangis bukan bermaksud lemah, tapi itulah caranya untuk mengeluarkan apa yang ada dihati.. Pesan buat diriku.. Bila hati bersedih... Luahlah pada DIA yang selayaknya.. Semoga DIA memegang hati kita saat kita semakin jauh dariNYA.. Semoga DIA memberi kita kekuatan..
Amin Ya ALLAH..

Demam PBS

Image
~Bismillah~

Luahan perasaan seorang cikgu @cikgu Baharu

PBS? 
Aku yakin semua guru-guru diserang dengan fenomena PBS ni kan.
PBS betul2 dah jadi demam buat guru2 kat sekolah aku.
Due 20hb ni, sekarang dah 8hb.
Maknanya ada kurang 11 hari lagi untuk key in maklumat, iaitu 9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19 dan 20hb.
Tapi bila nak masuk...Allah...balik2 kena login.. Bila dah masuk kena tunggu lagi.
Betul2 perlukan kesabaran.
2lah masalah bila perubahan yang dibuat secara drastik tanpa membuat penelitian terlebih dahulu dan tanpa tempoh percubaan terhadap guru2.
Inilah kesannya..
Balik-balik nak kena login
Bayangkan pagi tadi buka pukul 4pagi, tapi x dapat masuk juga..
Sampai sekolah sebelum pukul 7, cuba buka lagi tapi cuma dapat masukkan 2 orang pelajar sahaja..

Bayangkan semua guru-guru kat Malaysia ni nak masukkan maklumat..
cuba analogikan..Semua orang nak balik kampung masa cuti perayaan?
Tentu jalan akan sesak kan?
Memang dugaan.. Trafik jam sebelum cuti... Huhu..


pelayar PBS yang tengah sesak =p
Maca…

mY fAMILy

Image
~Bismillah~

Agak lama juga aku tinggalkan diari maya ini.
Dekat hujung tahun ni banyak kerja sekolah yang perlu dibuat.
Masa update blog ni pun tengah update APDM untuk kelas 2K3.

Biar gambar berkata-kata.. =)


Keluarga besarku
Bapa dan Mama tersayang
Keluarga asas (Kak Marini, Abg din, kak jiah dan Abg Amin
Bersama anak menantu
Abang Din dan akak ipar, Kak Fujie  serta anak buah Wafiy Sufi
Abang Amin dan akak ipar, Kak Lin serta anak buah Siti Khadijah
Bersama suami tersayang, Jumiril Mohd

"Ya Allah..seluas dan setinggi kasih sayang engkau.. Maka Engkau limpahkanlah rahmat-Mu dan keampunan-Mu kepada ibubapa kami. Sesungguhnya jodoh mereka adalah dengan izinMu. Kurniakanlah kepada mereka berdua ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan hidup. Kekalkanlah kasih sayang di antara mereka. Kurniakanlah kepada mereka anak anak yg soleh dan solehah.
Ya Allah…Engkau kekalkanlah kemesraan di hati kami dan pasangan kami Engkau kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada diri kami dan anak…