Posts

Showing posts from 2018

Diari SLE: Oral Herpes

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhmdulillah., Tahun 2018 sudah masuk ke pertengahan bulan Februari. Entri pertama ditahun 2018. Syukur masih diberikan nikmat untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Alhmdulillah juga ulcer dikaki semakin pulih.. 90% isi sudah tumbuh dan tidak perlu cuci hari2 sudah. Pesakit SLE ni memang antibody sangat lemah, tidak boleh tersilap sikit senang saja penyakit akan menyerang. Tu kadang SLE dikatakan penyakit seribu satu wajah sebab lain orang lain simptomnya dan boleh menyerang organ2 yang penting. Belum pun baik ulcer dikaki sepenuhnya, tiba2 pula aku kena jangkit oral herpes. Sejenis kayap dekat bibir. Mula2 muncul sikit ja dekat bibir dalam 2 atau 3 biji, ingatkan allergic sebab makanan. Tapi biji ni semakin banyak pula, dari hujung bibir smpai ke tengah dan ke bahagian dagu. Hari isnin tu 12/2 masih lagi pergi sekolah Cuma pakai mask, bila mengajar baru buka. Bila kelas sudah habis, keluar kejap pergi klini